Call
+60392016443
Contact
ask@luslimlabeb.com
Store info

Mon-Fri, 11am-6pm

Directions

V03-10-09, Sunway Velocity Designer Office, Lingkaran SV, 55100 Cheras KL

V03-10-09, Sunway Velocity Designer Office, Lingkaran SV, 55100 Cheras KL

Mon-Fri, 11am-6pm

"If you want something, you have to fight for it"- Ain
·

"If you want something, you have to fight for it"- Ain

·

 

Pada bulan Oktober lepas saya dikejutkan dengan satu berita dari Elly. Elly sangat excited bila memberitahu saya perkara ni. "Abang, Elly baru dapat whatsapp ada sorang ni dia loss 12kg". Saya hanya mengangguk tenang dan berkata "alhamdulillah, nampaknya makin lama makin banyak yang dah mula dapat result dengan teh herba ni". Semakin hari semakin kuat juga semangat kami suami dan isteri serta team LUSLIMLABEB untuk bantu golongan yang ada masalah berat badan berlebihan bila dengar berita baik dari ramai orang yang dah berjaya dengan LUSLIMLABEB.

Setiap orang mempunyai sebab-sebab tersendiri mengapa mereka ingin mendapatkan berat badan yang ideal. Tak semua orang mempunyai berat badan yang ideal dan tak semua orang pernah merasa susah payah untuk menurunkan berat badan. Saya juga percaya ada kelainan dan keunikan cerita bagi setiap orang yang dah pernah 'struggle' untuk turunkan berat badan dan akhirnya berjaya capai berat badan ideal.  

Tapi, tak semua juga yang berani untuk dijadikan inspirasi pada orang lain yang sedang berusaha untuk turunkan berat badan. Kami berasa sangat 'respect' pada golongan yang kami gelar 'LUSLIMLABEB Ultimate Result' sebab berani untuk menceritakan kisah mereka pada orang ramai.

Untuk blog LUSLIMLABEB Ultimate Result kali ni kami ke Ipoh, Perak untuk berjumpa dengan salah seorang Ultimate Result yang dah berjaya turunkan berat badan hampir 12 kg dan juga telah berjaya menjadi inspirasi pada orang sekelilingnya untuk terus berusaha menurunkan berat badan dengan cara yang sihat dan selamat.

Ain yang berumur 21 tahun dan tinggal di Ipoh Perak ini adalah seorang pelajar Universiti yang pernah mengalami masalah berat badan berlebihan. Pada pertama kali berjumpa dengan Ain di Ipoh, saya dapat lihat yang Ain begitu yakin untuk berdepan dengan kami team LUSLIMLABEB. Ain nampak lebih selesa untuk berfesyen dan menggayakan baju pilihannya.

Tapi saya tahu disebalik wajah ceria Ain ada cerita-cerita yang masih belum dikongsikan kepada kami. Ada cerita susah payah yang Ain pernah lalui tapi masih tidak diceritakan.  Pada pagi itu kami hanya menghidangkan kuih dan LUSLIMLABEB Morning Boost untuk Ain dan berbual kosong terlebih dahulu sebelum mendapatkan cerita sebenar dari Ain.

 

 

Walaupun Ain kelihatan agak segan dan malu dengan kehadiran team LUSLIMLABEB, Ain tetap nampak professional dan bersetuju untuk ditemubual oleh Elly yang sememangnya dah lama menunggu saat ini. Sebab Elly antara yang sangat dan terlebih excited untuk berjumpa dengan Ain. Mungkin sebab Elly sendiri pernah berada di tempat Ain suatu ketika dahulu.

Ain menceritakan dulu perkara-perkara yang membuatkan dia gembira dan yakin bila dah mencapai berat badan ideal. Ain sebenarnya gembira bila dah mula rasa yakin untuk join pelbagai aktiviti-aktiviti lasak dan sukan kegemaran Ain. Selain tu, Ain gembira bila dapat muat pakaian bersaiz S dan M yang Ain dah lama tak merasa sebelum ni. Pada umur muda seperti Ain, kami faham yang ini lah masanya untuk mencuba pelbagai perkara dan berfesyen. Ain dah pun buktikan pada semua orang yang bila dia capai berat badan ideal, Ain menjadi lebih 'free' untuk buat semua benda seperti tak ada halangan baginya.

Tapi tak semua tahu sebelum Ain berubah menjadi seperti sekarang, pada suatu ketika dahulu Ain sering dipanggil sebagai adik beradik yang paling tua seperti 'kakak' walaupun hakikat sebenarnya Ain bukannya anak yang sulung. Ain juga ingin menjadi seperti wanita sebanyanya yang lebih ramping dan lebih senang untuk berfesyen dan tidak malu untuk bergambar. Ain menceritakan yang Ain kadang-kala terpaksa menyunting 'edit' gambarnya supaya tidak nampak gemuk untuk diupload ke Instagram.

Baju seperti jubah menjadi pilihan Ain kerana lebih mudah untuk disarungkan dan tidak menampakkan badannya yang berisi

Tidak cukup dengan panggilan seperti 'kakak' oleh orang sekeliling, Ain menceritakan saat ketika dia sedang berusaha untuk menurunkan badan pasti ada orang sekelilingnya yang mempersoalkan serta memperlekehkan usahanya untuk turunkan berat badan. Soalan seperti "Boleh ke kau ni nak kurus?" "Nak tengok jugak sampai bila kau boleh bertahan boleh ke?". Soalan-soalan tersebut sudah menjadi soalan yang lazim dan Ain sudah menjadi lali dengan soalan tersebut sebab Ain komited untuk turunkan berat badan.

Ain mula belajar tentang pengiraan kalori dan beberapa senaman untuk membantunya menurunkan berat badan. Ain juga pernah mencuba pil kurus yang memberikan kesan sampingan padanya. Kata Ain, pil kurus tersebut membuatkan dia turun beberapa kg tetapi apabila berhenti mengambil pil tersebut berat badan Ain melantun naik semula. Selain tu Ain juga tidak tahan dengan kesan sampingan pil kurus tersebut yang membuatkan jantungnya berdegup laju.

Bila Ain sedar yang Ain perlukan sesuatu yang semulajadi untuk membantu Ain turunkan berat badan disebabkan oleh penjagaan makanan dan senaman yang agak lambat prosesnya, Ain mula terjumpa dengan LUSLIMLABEB melalui iklan online di Instagram. Pada mulanya Ain agak skeptikal untuk mencuba teh-teh seperti ini kerana menganggap teh ini seperti teh detox di pasaran. Tapi bila Ain ternampak yang setiap uncang LUSLIMLABEB dikoyakkan dan dikeluarkan isinya, Ain mula terasa lebih percaya.

Uncang teh herba LUSLIMLABEB yang dikoyakkan

Tetapi, Ain masih lagi bertangguh dan tidak membeli lagi LUSLIMLABEB. Sebaliknya Ain membuat 'research' di Google untuk mengetahui sendiri bahan-bahan yang digunakan dan membuatkan Ain lebih percaya ialah apabila melihat result kawannya sendiri iaitu Sya yang pernah kami interview beberapa bulan lepas. (baca tentang Sya). Akhirnya Ain mencuba sendiri LUSLIMLABEB dan berjaya turunkan 12kg dalam masa 3 bulan. Paling bermakna pada Ain ialah bila orang tegur "Ehh Ain, dah nampak kurus" , "Ehh Ain, dah nampak kecik sikit"

 

Akhir kata dari Ain, Ain cuma berharap dan memberikan pesanan pada sesiapa yang membaca blog ini untuk jangan bertangguh untuk mulakan usaha menurunkan berat badan dan sentiasa mencari sebab utama kenapa anda ingin mendapatkan berat badan ideal. Ain juga berpesan kepada anda untuk sentiasa memberikan 'motivation' pada diri sama ada dengan sentiasa melihat video result orang lain dan meletakkan wallpaper gambar wanita yang fit di pada handphone anda. "If you want something, you have to fight for it" - Ain

 

Elly sempat untuk 'live' di Instagram bersama Ain untuk berkongsikan pengalaman Ain yang telah berjaya loss 13kg

 

Bagi mendapatkan inspirasi dan cerita sebenar dari Ain, sila tonton video LUSLIMLABEB Ultimate Result (Ain) di bawah :

 

 

Akhir kata dari kami pihak Olathe Empire Sdn Bhd dan team LUSLIMLABEB mengucapkan ribuan terima kasih pada Ain yang sudi berkongsi pengalamannya yang telah berusaha sehingga berjaya capai berat ideal untuk dijadikan sebagai inspirasi kepada orang lain terutama golongan yang masih lagi sedang berusaha untuk menurunkan berat badan

 Ain kelihatan terharu dan gembira apabila menerima kejutan hadiah dari kami

Sekiranya anda ingin membuat perubahan besar seperti Ain, anda boleh mencuba LUSLIMLABEB berdasarkan target weight loss anda di sini

Sekian..

Written by,

Syukri Harish

CEO of Olathe Empire Sdn Bhd