Call
+60392016443
Contact
ask@luslimlabeb.com
Store info

Mon-Fri, 11am-6pm

Directions

V03-10-09, Sunway Velocity Designer Office, Lingkaran SV, 55100 Cheras KL

V03-10-09, Sunway Velocity Designer Office, Lingkaran SV, 55100 Cheras KL

Mon-Fri, 11am-6pm

"Sakit mata la saya tengok awak ni gemuk sangat !" tak pernah kena ejek sampai macam tu sekali..
·

"Sakit mata la saya tengok awak ni gemuk sangat !" tak pernah kena ejek sampai macam tu sekali..

·

 

The moment when it all started

Masih teringat lagi pada suatu hari Elly terlompat gembiranya sebab terlalu excited dengan salah satu feedback dari seorang customer yang buat saya sendiri rasa tak percaya. "Tengok ni bang, dia loss 19 kilo !" agak kecoh juga lah office pada masa tu. Elly pun mula tunjukkan gambar asal customer tu yang siap dengan berpakaian konvo yang serba lengkap dan lepas tu, Elly pun tunjukkan gambar customer tu yang terkini. Terkebil-kebil juga lah saya dibuatnya. "Biar betul dia dulu macam ni Elly ?" tanya saya sekali lagi pada Elly.

 

 Syafiqah di sekitar tahun 2017

Sebelum ini kami memang dapat banyak feedback dari consumer, ada yang bergambar dan ada yang hanya dari whatsapp sahaja sebab ada sesetengah customer yang malu untuk tonjolkan diri. Tapi tidak bagi seorang customer yang kami baru sahaja dapat feedback bergambar darinya ini. Dia berani untuk share pada kami kejayaan dia turunkan berat badan.

Tapi disebabkan saya masih tidak berpuas hati dan tidak percaya dengan apa yang saya nampak, saya berbincang dengan Elly untuk jumpa special customer ini untuk ambil tahu sendiri apa yang dia buat sampai loss 19kg selain dari minum teh herba LUSLIMLABEB. Pada mulanya agak susah untuk berjumpa dengan customer special yang kami panggil sebagai 'Sya' ni. Memandangkan Sya seorang pelajar di Uitm Shah Alam dan agak sibuk dengan jadual belajar yang padat, pertemuaan kami terpaksa ditangguh beberapa kali dan berbulan lamanya.

The interview

Akhirnya, dalam bulan ramadhan tempoh hari kami berjaya untuk menetapkan masa untuk berjumpa dan membuat sesi temubual dengan Sya. Saya dan Elly begitu teruja untuk berjumpa dengan Sya dan pada pagi sabtu itu. Kami mengambil Sya di kolejnya di Uitm Shah Alam dan terus ke homestay tempat kami menginap untuk meneruskan sesi live interview. Sepanjang perjalanan dari Uitm ke hotel, Sya tidak banyak bercakap dan nada suaranya juga agak rendah. Mungkin masih malu dengan kami, kami je excited lebih hehe.

Tapi kami juga terkejut sebab rupa-rupanya Sya loss dari 19kg ke 34kg lagi ! Ada lagi penurunan berat buat Sya. Sewaktu kami ingin menjalankan interview tersebut, Sya mempunyai tanggapan bahawa kami inginkan Sya mempromosikan produk LUSLIMLABEB ini sepanjang video dan interview dijalankan. Ia dapat dilihat dari cara Sya bercakap dan semuanya tentang produk semata-mata.

Interview yang dijalankan bersama Sya 

Akhirnya kami berhenti seketika dan cuba menerangkan pada Sya yang tujuan kami jalankan interview ni hanyalah kerana kami ingin tahu pengalaman Sya waktu ingin menurunkan berat badan dari 94kg dan apakah pembakar semangat untuk Sya terus buat perubahan itu. Bagi saya dan Elly, cukuplah kisah perubahan Sya nanti akan 'inspire others to make a change' bukanlah bergantung pada produk sahaja semata-mata.

A moment of silence

Sepanjang beberapa minit mendengar luahan hati Sya, saya dan Elly terpaku, terdiam dan terkejut mendengar apa yang Sya terangkan sebentar tadi. Rupa-rupanya, memang betul ada lelaki yang sanggup tinggalkan kekasihnya disebabkan kekasihnya itu gemuk ? lagi satu yang saya tak boleh 'brain' boleh ke ada orang yang tegur "Sakit mata la saya tengok awak ni gemuk sangat !". Siapa yang tak sedih kalau ditegur dan diejek sebegitu rupa.

Antara gambar lama 'Sya' yang dikongsikan kepada kami

Ini belum lagi bila kawan-kawan di Universiti or Kolej yang taknak bergambar sekali sebabkan bentuk badan kita. Bagi saya semua ni memang satu diskriminasi terhadap orang gemuk. Memanglah ada je yang cakap, tak apa gemuk janji happy, tapi dalam hati memang takkan happy kalau dilayan sebegitu rupa. Saya sangat kagum dengan Sya sebab dia berani untuk ambil tindakan dan keluar dalam state of 'Denial' untuk turunkan berat badannya dari 98 kg ke 64 kg.

Her biggest step

Bila kami tanya, ada diet or exercise ke ? dia hanya jawab sebelum ni memang pernah diet, pernah workout tapi kesannya agak lambat dan memerlukan komitmen yang sangat tinggi.

Disebabkan Sya tahu pada ketika itu dia memerlukan sedikit 'booster' untuk mempercepatkan proses menurunkan berat badannya, Sya juga pernah minum green tea dan detox tea di pasaran berlainan jenama yang kebanyakannya adalah sama dari segi jenis dan warna tetapi tidak memberikan sebarang kesan.

Rezeki buat Sya apabila LUSLIMLABEB diperkenalkan oleh kakaknya. Pada asalnya dia memang mengaku pada kami yang dia tidak percaya dengan teh-teh ni sebab kebanyakannya sama sahaja rupanya dan mungkin tak ada kesan pada badannya.

Tapi mungkin sebab nak mencuba juga, Sya terus bermula dengan program kurus menggunakan teh herba LUSLIMLABEB untuk capai target weight loss dia. Dalam tempoh 10-20 hari pertama Sya dah mula nampak results dengan teh herba ni dan Sya teruskan lagi dalam tempoh beberapa bulan selepas itu untuk capai berat badan ideal Sya yang kurang dari 64 kg dari 98 kg

 

Syafiqah lebih yakin untuk bergaya pakai dress dan lebih mudah cari saiz baju

Kami ada juga bertanya, Sya ada buat diet yang keras dan excercise atau tidak ? dia hanya menjawab, diet tu dia hanya kurangkan portion makanan but still makan nasi dan banyakkan aktiviti berjalan kaki dari menaiki kereta atau bas ke kampus. Betul juga kata Sya, atleast kalau nak kurus lagi banyak kena buat apa-apa aktiviti yang menggerakkan tubuh badan. So lagi cepat lah nak kurus dan lagi selamat dari Elly yang pernah desperate nak kurus sampai telan macam-macam pil kurus.

(bagi sesiapa yang belum tahu tentang cerita Elly boleh baca di sini)

Sila tonton video penuh Sya di bawah ni.

P/s : Sya ikuti program dan consume teh herba LUSLIMLABEB pada asalnya dalam tempoh 2 bulan untuk loss 19kg yang pertama dan lagi 2-3 bulan untuk loss sehingga 34kg.

Sekian...

Syukri Harish Uzaimi, CEO of Olathe Empire Sdn Bhd.