Call
+60392016443
Contact
ask@luslimlabeb.com
Store info

Mon-Fri, 11am-6pm

Directions

V03-10-09, Sunway Velocity Designer Office, Lingkaran SV, 55100 Cheras KL

V03-10-09, Sunway Velocity Designer Office, Lingkaran SV, 55100 Cheras KL

Mon-Fri, 11am-6pm

5 Makanan Berpuaka Di Bazar Ramadhan
·

5 Makanan Berpuaka Di Bazar Ramadhan

·

Memang menjadi kebiasaan apabila tiba bulan ramadhan pasti ramai yang akan memilih untuk mencari juadah berbuka puasa di bazar ramadhan di kawasan masing-masing. Ini kerana terdapat pelbagai pilihan juadah yang boleh dipilih mengikut bajet dan citarasa masing-masing di samping kesibukan bekerja dan mungkin tidak sempat masak di rumah.

Tapi tak semua yang sedar bahawa hampir 90% makanan yang dijual di bazar ramadhan adalah makanan yang tidak sihat dan sangat tidak sesuai untuk dimakan bagi sesiapa yang ingin menjaga berat badan dan menurunkan berat badan ketika bulan ramadhan.

Kebanyakan makanan-makanan di bazar ramadhan ini size nya tidak begitu besar dan kelihatan seperti 'okay' sahaja dan membuatkan kebanyakan pembeli tertipu dengan sizenya. Tetapi kalorinya adalah tinggi di samping dengan kandungan lemak, kolestrol dan lain-lain yang sememangnya tidak bagus untuk badan anda.

Mungkin kita boleh lihat satu persatu juadah berbuka puasa yang popular tetapi agak berpuaka jika dimakan dengan kerap dan dalam kuantiti yang banyak. Agak penting juga jika kita dapat mengetahui dengan lebih jelas maklumat nutrisi bagi setiap makanan ini. Ramai yang tidak sedar berat badannya semakin meningkat walaupun dalam bulan puasa.

1. Murtabak

Antara juadah berbuka yang wajib dibawa balik dari bazar ramadhan. Tapi berbaloi kah untuk anda yang ingin turunkan berat badan atau jaga badan sempena ramadhan? 

Maklumat Nutrisi

1 keping (300g) = 564 kalori
Komposisi = Karbohidrat (59g), Protein (42g), Lemak (16g).
Nisbah Makro = Karbohidrat (47%), Protein (29%), Lemak (24%)

Hanya satu keping Murtabak, anda dah menggunakan hampir 40% bilangan kalori ideal harian anda pada hari itu. Belum termasuk kandungan lemak yang 16g. 16g lemak adalah kandungan yang sangat tinggi untuk satu makanan. 
 

2. Roti Boom (termasuk semangkuk kecil kuah kari)


Nampak sahaja kecil tetapi kecil-kecil ini lah sangat berpuaka dan menghancurkan segala usaha anda untuk turunkan berat badan di bulan ramadhan.

Maklumat Nutrisi

1 keping (125g) + Kari = 550 kalori

Komposisi = Karbohidrat (61g), Protein (9g), Lemak (30g).
Nisbah Makro = Karbohidrat (44%), Protein (7%), Lemak (49%)

Kandungan lemak pada roti bom adalah hampir 80% dari daily fat recommendation value iaitu 30g yang hampir kepada 50g yang disarankan untuk sesiapa yang ingin turunkan berat badan. Roti bom juga mempunyai kandungan lemak yang tinggi disebabkan oleh planta dan minyak yang digunakan secara berlebihan untuk dimasak dan disediakan

3. Roti John 


Hampir 30% peniaga di bazar ramadhan pasti ada yang menjual roti john dan terdapat juga pelbagai jenis roti john yang ditambah cheese dan sebagainya. Roti john menjadi pilihan juadah berbuka untuk dikongsikan bersama keluarga.

Maklumat Nutrisi

1/3 bun panjang (150g) = 266 kalori
Komposisi = Karbohidrat (30g), Protein (10g), Lemak (14g).
Nisbah Makro = Karbohidrat (42%), Protein (15%), Lemak (43%)

Tapi tak semua tahu, yang roti john adalah juadah berbuka yang juga sangat tak sesuai untuk sesiapa yang ingin menjaga badan nak menurunkan berat badan. Dengan kandungan lemak yang tinggi dan karbohidrat yang tinggi, roti john juga mengandungi kandungan sodium yang tinggi. Ini disebabkan oleh sos cili dan mayonis yang diletakkan secara berlebihan. Mungkin akan menjadi lebih teruk jika ditambah sos cheese kerana kandungan lemak juga akan meningkat.

4. Kuih muih bergoreng (karipap, vadeh, popiah goreng, cucur badak, pulut panggang)

Kuih muih memang menjadi tradisi masyarakat kita untuk dijadikan juadah berbuka dan juga moreh. Walaupun nampak kecil, tapi bila diambil lebih dari satu ia akan mengganggu proses kita untuk turunkan berat badan

Maklumat Nutrisi

5 jenis kuih pelbagai jenis = 710 kalori
Komposisi = Karbohidrat (90g), Protein (11g), Lemak (34g).
Nisbah Makro = Karbohidrat (51%), Protein (6%), Lemak (43%)

Ini kerana kuih muih ini digoreng secara 'deep fried' dan menggunakan minyak yang banyak serta direndam dalam minyak dalam tempoh yang lama. Kandungan kolestrol pun akan meningkat dari makanan yang digoreng seperti ini.

 

5. Nasi Briyani (termasuk 1 ketul ayam masak merah/madu + acar)


Nasi briyani juga menjadi pilihan juadah berbuka yang popular bagi masyarakat Malaysia apabila tiba bulan ramadhan. Tetapi memang dinasihatkan bahawa untuk tidak memilih dan makan nasi briyani ini secara kerap. Lemak dari kuah dan nasi briyani juga tinggi kerana kebiasaanya kuah yang disertakan dimasak dengan minyak yang banyak

Maklumat Nutrisi

1 bungkus polisterin (245g) + 1 ketul ayam berkuah + acar = 650 kalori
Komposisi = Karbohidrat (85g), Protein (20g), Lemak (25g).
Nisbah Makro = Karbohidrat (52%), Protein (13%), Lemak (35g)

RASA MACAM DAH SELALU TERMAKAN MAKANAN-MAKANAN DI ATAS?

Naik berat badan dalam bulan puasa ni? masih belum terlambat untuk anda buat tindakan untuk 'BUANG' lemak dan kalori berlebihan dari makanan yang dimakan sepanjang berpuasa ni. 

Sebenarnya setiap hari kalori dan lemak kita dibakar secara semulajadi, tetapi dengan bantuan herba-herba seperti dalam teh herba LUSLIMLABEB ia menjadikan pembakaran lemak lebih optimum dan yang paling penting ianya tidak memberikan kesan sampingan yang buruk seperti ubat-ubat kurus yang mengandungi bahan kimia sintetik yang lain.

Hal ini kerana herba seperti Ginseng, Oolong Puer dan lain-lain mempunyai kandungan 'Flavanoids' yang tinggi. Flavanoids adalah satu antioksidan yang dijumpai dalam kebanyakan tumbuh-tumbuhan dan antioksidan yang tinggi ini membantu dalam meningkatkan metabolisme dan sistem immune badan secara semulajadi. 

Selain itu herba-herba dalam LUSLIMLABEB bila digabungkan akan bertindak sebagai 'food synergy' yang membantu tubuh badan bekerja dengan lebih baik dan optimum untuk memecahkan lemak. Sambil berpuasa anda juga boleh turunkan lagi berat badan dengan efektif dan selamat

Anda boleh buat pembelian LUSLIMLABEB secara online seperti di Lazada dan shopee. Pilih pakej sesuai dan terus ADD TO CART untuk buat pembelian. Insya Allah dalam 1-2 hari dah sampai depan rumah anda.

Tak tahu nak pilih pakej yang sesuai? klik link di bawah untuk WHATSAPP dan dapatkan konsultasi dari kami :

Whatsapp kami