Call
+60392016443
Contact
ask@luslimlabeb.com
Store info

Mon-Fri, 11am-6pm

Directions

V03-10-09, Sunway Velocity Designer Office, Lingkaran SV, 55100 Cheras KL

V03-10-09, Sunway Velocity Designer Office, Lingkaran SV, 55100 Cheras KL

Mon-Fri, 11am-6pm

Kenali bahan-bahan berbahaya dalam pil kurus dan kesan sampingannya
· ·

Kenali bahan-bahan berbahaya dalam pil kurus dan kesan sampingannya

· ·

Diet Pills

Dijanjikan kesan CEPAT, MUDAH ditelan dan MURAH harganya. Itulah elemen-elemen utama yang perlu ada dalam produk kurus bukan sahaja di Malaysia tetapi hampir di seluruh dunia. Kita telah ditipu sejak awal 90-an lagi dengan kewujudan pelbagai jenis produk kurus yang datang dalam bentuk pil. Pil ini memang memberikan kesan kurus yang pantas dan ada kalanya tidak memberikan sebarang kesan penurunan berat langsung. Tetapi kesan sampingan semasa dan selepas menggunakan pil kurus ini agak berbahaya dan boleh menyebabkan kerosakan organ dalaman yang serius. Sebelum kita masuk kepada bahan-bahan berbahaya ini dan kesan sampingannya, jom kita kenali terlebih dahulu sejarah kemunculan pil kurus.

Kemunculan Awal

Sejarah kemunculan pil kurus ini sebenarnya telah wujud bermula dari tahun 1800 lagi di mana persepsi wanita terhadap kecantikan berubah apabila hanya wanita yang kurus dianggap sebagai cantik. Pada ketika itu pil kurus pertama dibuat daripada ekstrak tiriod (thyroid extract) yang diambil dari binatang. Pil ini bertindak dengan meningkatkan kadar metabolisme bagi mempercepatkan pengurangan berat badan secara berbahaya di mana kesan sampingannya juga sangat berbahaya seperti degupan jantung tak normal, lemah jantung, sakit dada dan juga kematian ! tetapi pada ketika itu tidak ada undang-undang atau badan yang mengawal ubat-ubatan seperti ini dan menyebabkan banyak kematian berlaku.

Abad Ke-20

 

Iklan ubat kurus di awal abad ke-20

Pil-pil kurus kemudiannya sentiasa berkembang dengan teknologi perubatan di abad ke 20 di mana pada tahun 1930 an satu ubat popular dinamakan sebagai dinitrophenol diperkenalkan bagi membantu masalah kegemukan tetapi dengan cara berbahaya iaitu pemanasan badan yang berlebihan (hyperthemia). Badan akan terasa seperti berada di dalam sauna tetapi dalam keadaan yang berbahaya di mana haba tersebut datang dari dalam badan (seperti demam panas) dan kesan sampingannya, ramai yang terkena ruam-ruam dan kerosakan buah pinggang yang teruk. 

Antara jenama pil-pil kurus dinitrophenol sekitar 1930an

Pada pertengahan abad ke 20 pula iaitu di sekitar tahun 1950an, dadah jenis amphetamine diperkenalkan sebagai stimulan iaitu dadah perangsang dan digunakan tentera amerika ketika itu untuk kekal berjaga di waktu malam. Antara kesan sampingannya ialah amphetamine menahan selera makan. Oleh itu amphetamine menjadi salah satu dadah pilihan untuk dimasukkan dalam pil kurus pada ketika itu. Tetapi kesan sampingannya melibatkan kerosakan saraf dan otak di mana penggunanya boleh terkena 'psychosis' dan menjadi gila serta menjadi ketagih kepada dadah tersebut. 

Sedutan dari filem 'Requiem For a Dream' di mana watak Barbara dalam filem ini begitu terdesak untuk kurus sehingga menjadi gila akibat penyalahgunaan pil kurus amphetamine

Kemudian di sekitar 1970 an, ephedrine dan phentermine diperkenalkan sebagai ubat perskripsi doktor bagi mengubati masalah obesiti di mana ubat kurus ini bertindak dengan cara mengawal selera makan. Sebenarnya ephedrine dan phentermine juga adalah dadah stimulan seperti amphetamine. Kesan sampingannya juga berbahaya pada organ dalaman kerana pengguna boleh terkena masalah darah tinggi dan kerosakan injap jantung.

Iklan pil kurus di sekitar tahun 1970 an. Menjanjikan kesan pantas seawal 3 hari tetapi perlu menahan kesan sampingan yang berpanjangan 

Abad Ke-21 Dan Kini

Sejak tahun 1990an sehingga sekarang pil-pil kurus mula diformulasikan dengan bahan-bahan yang kononnya berasal dari herba. Hal ini berlaku disebabkan masyarakat mula sedar tentang kesan sampingan pil kurus dan tidak akan mengambil ubat kurus yang dilabelkan dengan dadah dan bahan-bahan kimia berbahaya.

Sebaliknya, pil-pil ini diproses dengan julap dan dadah-dadah berbahaya seperti sibutramine, phentermine, ephedrine, orlistat dan juga amphetemine. Kebiasaannya pil yang diformulasikan dengan herba hanyalah untuk mengaburi mata kita. Kita telah ditipu bertahun-tahun lamanya dengan pil kurus yang kononnya diformulasikan dengan herba dan bahan semulajadi.

Pil kurus yang dipasarkan kononnya dengan formulasi bahan semulajadi

Jika anda pernah memakan pil kurus atau apa-apa jenis ubat kurus yang diproses dan terkena beberapa kesan sampingan seperti :

1) Jantung berdegup laju
2) Sesak nafas/sakit dada
3) Overaktif
4) Kenaikan tekanan darah
5) Cirit birit
6) Telinga berdesing
7) Sakit kepala
8) Rasa tertekan/resah
9) Kurang selera makan
10) Bibir kering

Berkemungkinan besar ubat kurus yang anda makan mengandungi dadah-dadah seperti yang disebut di atas. 

Walaubagaimanapun agak sukar untuk kita tahu bahan sebenar dalam setiap pil kurus jika ianya datang dalam bentuk pil, jus dan sebagainya. Sudah tentunya kita perlukan khidmat ahli kimia untuk memeriksa produk tersebut. Walaupun produk-produk tersebut ada yang telah lulus KKM tapi masih ada juga yang memberikan kesan sampingan seperti di atas. 

(*KKM mewajibkan ubat-ubatan mendapatkan kelulusan, walaupun lulus KKM, kebanyakan ubat-ubatan ini masih mempunyai bahan yang disebutkan cuma ianya dalam kuantiti yang terkawal)

Other Alternatives

Isteri saya Madam Ell pernah mengalami kesan sampingan seperti pitam dan jantung yang berdegup laju tanpa sebab (baca kisah Madam Ell di sini) dan yang peliknya, pil yang dimakan Madam Ell pun lulus KKM. Saya sendiri tak tahu nak percaya produk lulus KKM ni benar-benar selamat atau tidak. Dah lah resultnya tak ada, sakit jugak yang dapat. Ini membuatkan saya mencari alternatif selain dari ubat sehingga diperkenalkan dengan dunia herba cina sebenar oleh seorang teman berbangsa cina.

Uncang teh herba LUSLIMLABEB yang dikoyakkan : setiap ketul herba adalah dari herba sebenar yang bukan diproses dan boleh diasingkan. 

Selepas mengenal sendiri, melihat dengan mata kasar dan memegang sendiri setiap herba yang diperkenalkan. Baru saya betul-betul yakin ini bukan produk yang diproses dan saya sendiri berani lakukan eksperimen ini pada Madam Ell.

Alhamdulillah sehingga kini teh herba LUSLIMLABEB yang telah bantu Madam Ell untuk turunkan 18kg dengan selamat, juga telah membantu ramai lagi wanita di luar sana untuk tampil kurus dengan yakin dan yang paling penting lebih selamat.

LUSLIMLABEB™ ialah teh herba yang kami sediakan bagi mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan dengan lebih selamat jika dengan senaman dan penjagaan makanan sahaja tidak begitu efektif bagi anda. (sila baca di sini untuk melihat senarai herba yang ada dalam LUSLIMLABEB™)

Written by,

Syukri Harish Uzaimi, CEO of Olathe Empire Sdn Bhd

"I will not stop educating our community to be safe from harmful chemical and drugs just because they wanted to be beautiful. Beauty now, but get sick later  what's the point of that?"