Call
+60392016443
Contact
ask@luslimlabeb.com
Store info

Mon-Fri, 11am-6pm

Directions

V03-10-09, Sunway Velocity Designer Office, Lingkaran SV, 55100 Cheras KL

V03-10-09, Sunway Velocity Designer Office, Lingkaran SV, 55100 Cheras KL

Mon-Fri, 11am-6pm

Kenapa penduduk di China kebanyakannya berbadan ramping?
·

Kenapa penduduk di China kebanyakannya berbadan ramping?

·

Pada 10-16 October 2018 yang lepas Elly telah melawat salah satu negeri di China yang menjadi salah satu negeri pusat industri herba terbesar di China. Tujuan Elly ke negara ni adalah untuk melihat sendiri macam mana industri herba cina boleh bertahan berada lamanya sehingga ke hari ini dan Elly pun nak belajar serba sedikit tentang pelbagai jenis herba cina yang boleh menjadi alternatif kepada pelbagai masalah kesihatan. Sebab Elly percaya, Elly boleh bagi manfaat ni terutama kepada masyarakat melayu di Malaysia yang kurang terdedah dengan dunia herba cina.

 

Setiap herba cina mempunyai fungsi yang tertentu untuk tubuh badan

Selain tu Elly dapat banyak pengalaman berharga bersama dengan masyarakat di negara China dan dapat lihat sendiri kelainan dan perbezaan antara negara China dan Malaysia. So dalam blog ni Elly akan share serba sedikit pengalaman Elly di sana. Berbalik kepada tajuk blog ni, 'Kenapa Penduduk di China Kebanyakannya Berbadan Kurus?'. Ini adalah soalan yang bermain di minda Elly sendiri sebab sampai je di China Elly perasan yang hampir 90% wanita di China berbadan ramping, dari umur lingkungan 20-40 tahun semuanya berbadan ramping.

Statistik obesiti di china hanyalah dari 5%-10%

So Elly bincang dengan team LUSLIMLABEB pada masa dan hari pertama tu jugak untuk observe, perhatikan apa yang diamalkan masyarakat di China dan membuatkan mereka ni kekal ramping dari golongan muda sampai pertengahan umur. Elly sangat terkejut dan rasa sedih pada masa yang sama bila teringat di Malaysia hampir 30-60% golongan wanita di Malaysia mengalami masalah obesiti dan masyarakat kita seolah-olah tidak mengambil peduli dengan masalah ni. Elly bukannya nak memperkecilkan orang yang mengalami masalah obesiti, Elly sendiri pernah berada di tempat yang sama, cuma Elly pelik kenapa ramai yang buat tak endah dengan masalah ni. 

Sebab tu Elly bersungguh-sungguh nak bantu masyarakat Malaysia untuk keluar dari masalah obesiti, Elly faham tak semua boleh konsisten untuk bersenam dan berdiet keras. Tapi atleast Elly nak masyarakat Malaysia ikhtiarkan sesuatu dan betul-betul komited untuk sekurang-kurangnya capai berat ideal. Okay, tanpa berlengah jom kita bincangkan macam mana penduduk di china kebanyakannya berbadan kurus. 

1. Makan Sayur-Sayuran Pada Kuantiti Yang Banyak

Masyarakat di China suka makan sayur-sayuran pada kuantiti yang banyak. Berbeza dengan di negara kita, kita lebih suka makan nasi pada kuantiti yang banyak dan tidak terkawal. Semasa di China Elly dan team bersarapan, makan tengahari dan makan malam bersama dengan rakan perniagaan kami iaitu orang China itu sendiri. Apa yang Elly perasan ialah makananan yang dihidangkan adalah hampir 60% sayur-sayuran dan nasi adalah pada kuantiti yang sangat sedikit iaitu 10-15% dan yang paling buat Elly terkejut ialah nasi dihidangkan seperti desert iaitu pada waktu terakhir selepas makan sayur-sayuran dan daging seperti ayam.

Sayur-sayuran banyak dihidangkan dan lebih cepat habis berbanding nasi

Seperti yang kita tahu, sayur-sayuran adalah salah satu pengganti kepada karbohidrat seperti nasi dan akan membuatkan kita rasa kenyang sentiasa dan penuh dengan tenaga. Bayangkan masa Elly makan dekat China ni pun dah rasa kenyang dengan sayur sampai nasi pun tak lalu nak makan.

2. Aktiviti Riadah Malam 'Simple' Selepas Waktu Kerja

Salah satu dari pengalaman yang tak boleh Elly lupa di China ialah apabila melihat dan mengikuti sendiri aktiviti riadah orang di China seperti menari beramai-ramai. Pada waktu malam sekitar pukul 8-10 malam masyarakat di China rajin buat aktiviti riadah beramai-ramai di dataran tempat berkumpul orang ramai. Tidak seperti di Malaysia yang kebanyakan kawasan dataran dijadikan tempat melepak dan makan makanan ringan, di China kawasan dataran dijadikan tempat berkumpul masyarakat di sana untuk lakukan aktiviti riadah beramai-ramai.

 

Elly dan suami turut teruja dengan aktiviti aerobik orang china di waktu malam

Yang Elly terkejut jugak bila tengok kebanyakan yang sertai aktiviti tersebut masih lagi berpakaian kerja walaupun ada sesetengah yang dah bertukar ke pakaian riadah. Ini menunjukkan kebanyakan masyarakat di China mempunyai fizikal yang kekal aktif walaupun dengan melakukan aktiviti riadah dan aerobik semudah menari. Mereka tak perlu ke gym pun untuk kekalkan BMI yang ideal, tapi hanya dengan aktiviti yang menggerakkan tubuh badan setiap minggu.

Ada yang masih dengan pakaian pejabat tetapi turut mengikuti aktiviti aerobik ini

3. Minum Teh Herba 'Like All The Time'

Yess, inilah benda yang Elly perasan dari pertama kali menjejakkan kaki ke negara China. Even dekat airport Elly boleh nampak ramai orang China beratur isi air panas dalam botol air yang berisi teh herba. Setiap kali sarapan, makan tengahari dan makan malam semua minuman yang dihidangkan adalah teh herba seperti Oolong, Puerh, Black tea, dan macam-macam lagi teh herba cina yang kebanyakannya ada dalam LUSLIMLABEB. 

Makan tengahari dengan teh herba oolong

Bayangkan dekat Malaysia kita pagi-pagi minum teh tarik yang manis dan berkalori tinggi, kita diajar dengan minum benda-benda manis bila di restoran untuk makan tengahari dan malam. Di China, semuanya akan makan makanan sarapan, tengahari dan malam dengan teh herba yang tiada gula. Elly sendiri pun tak minum teh herba dengan makan tengahari di Malaysia tapi di China Elly boleh minum sekali dan itulah satu pengalaman berharga Elly di sana.

Teh bunga cina yang dihidangkan di kedai herba secara percuma di waktu pagi

Patutlah orang di sana kekal kurus walaupun makan banyak mana pun. Sebab setiap hari diorang amalkan teh-teh herba yang memang ada fungsi untuk tingkatkan metabolisme badan dan mencairkan lemak.

Minum teh herba adalah salah satu gaya hidup dan tradisi di China

Elly ingatkan minum LUSLIMLABEB ni dah kurus boleh stop terus sebab takut minum selalu tak bagus. Rupanya bila tanya orang di sana, mereka minum setiap hari teh-teh herba ni sejak dari kecil dan diibaratkan macam kita minum milo dan teh tarik di waktu pagi kecuali dengan teh herba adalah lebih sihat dan 0 kalori.

Summary

Semua point-point tentang macam mana masyarakat China boleh kekal kurus ni hanyalah hasil perbincangan dan pemerhatian dari team LUSLIMLABEB. Terpulang pada anda untuk ambil dan jadikan sebagai tips untuk dapatkan berat badan ideal. Apa-apa pun memang kita perlu lawan masalah obesiti di Malaysia ni dengan apa jua cara sekalipun tapi mestilah cara tu selamat untuk kita gunakan.

Tak sangka pula bila dah ke China, baru Elly belajar banyak benda tentang teh herba. Selama ini sebelum adanya LUSLIMLABEB, Elly hanya tau herba ni cara selamat dan semulajadi untuk turunkan berat badan, Elly pun amalkan herba-herba dalam LUSLIMLABEB dan simpan untuk kegunaan sendiri je sebab Elly memang tengah struggle untuk turunkan berat badan pada masa tu. 

Tapi bila dah ada yang tanya Elly macam mana Elly boleh kurus, Elly rasa macam kedekut kalau tak share. Tapi Elly tau tak semua yang boleh keluarkan kos yang tinggi untuk beli herba-herba ni yang agak mahal. Elly sendiri habiskan RM 600++ dalam tempoh 15-20 hari je.

So Elly and husband buat keputusan untuk dapatkan herba ni pada harga yang lebih ekonomi untuk bantu lebih ramai golongan yang pernah berada di tempat Elly dulu. Kesian bila tengok orang-orang yang mengadu pada Elly dah cuba macam-macam produk dari bentuk jus, kapsul, serbuk, teh detox dan kopi tapi tak ada sebarang kesan langsung. Yang ada hanyalah kesan sampingan macam jantung berdegup laju, tak boleh tidur, cirit birit dan macam-macam lagi.

Elly tau ramai yang dekat luar sana masih lagi was-was dengan produk lokal atau keluaran Malaysia sebab kebanyakannya sama sahaja. Elly sendiri pun tak percaya dengan produk yang datang dari Malaysia sebab dah pernah cuba sendiri macam-macam jenis dulu. Sebab tu Elly dapatkan herba-herba LUSLIMLABEB dari luar negara khususnya di negara yang memang pakar dalam industri ini untuk pastikan teh herba LUSLIMLABEB takkan sama dengan teh-teh kurus yang ada di Malaysia.

Teh herba LUSLIMLABEB tidak diproses dan diambil dari herba sebenar

Semoga Elly dapat bantu lebih ramai lagi untuk dapatkan berat badan ideal dengan cara semulajadi dan selamat. Tapi takkan bermakna perjuangan ni kalau anda sendiri tidak bertindak dan bantu diri untuk buat perubahan. Buat lah perubahan tu walau sebesar zarah pun untuk selesaikan masalah ni. Selagi tak bermula, sampai bila-bila tak akan tercapai cita-cita anda untuk capai berat badan ideal.

Sekian dari Elly, thanks for reading my blog..

 

Stay committed, #KasiBeresItuObes kalau tak bereskan sekarang, masalah lain yang mendatang.

Kalau nak rasa sendiri kelainan dan kehebatan teh herba cina dengan ramuan 13 jenis dari LUSLIMLABEB boleh terus buat pembelian online dengan klik di sini dan pilih ikut target weight loss anda.

Atau boleh whatsapp (No call) Elly di '012-4101766' untuk pembelian melalui whatsapp (kalau nak cepat boleh terus beli di website ye)

Follow our Instagram and Facebook for more updates on LUSLIMLABEB and healthy lifestyle tips.

Instagram : luslimlabeb.hq

Facebook : OlatheEmpire