Call
+60392016443
Contact
ask@luslimlabeb.com
Store info

Mon-Fri, 11am-6pm

Directions

V03-10-09, Sunway Velocity Designer Office, Lingkaran SV, 55100 Cheras KL

V03-10-09, Sunway Velocity Designer Office, Lingkaran SV, 55100 Cheras KL

Mon-Fri, 11am-6pm

5 sebab kenapa susah nak kurus pada bulan ramadhan?
·

5 sebab kenapa susah nak kurus pada bulan ramadhan?

·

Setiap tahun sebagai umat Islam kita sudah tentunya akan menyambut bulan ramadhan dan juga aidilfitri. Ramai yang beranggapan apabila setiap kali masuk bulan ramadhan secara sambilan kita boleh berdiet dan turunkan berat badan. Namun tak semudah yang disangka, kadang-kadang pada bulan ramadhan ramai juga yang jadi sebaliknya iaitu naik berat badan walaupun sedang berpuasa dan dalam bulan ramadhan.

Ada beberapa kesilapan yang dibuat terutamanya oleh rakyat Malaysia yang menyebabkan mereka naik berat badan pada bulan ramadhan dan susah nak turunkan berat badan. Antaranya ialah :

 

1. Tidak ada 'target' atau niat untuk turunkan berat badan/jaga badan

Kebiasaannya sesiapa yang tak ada target atau niat untuk turunkan berat badan pada bulan puasa sebelum raya ini pasti akan sukar untuk kuruskan badan . Hal ini kerana mereka beranggapan bahawa dengan berpuasa sahaja boleh kuruskan badan dengan mudah. Hakikatnya berpuasa atau tidak, jika pemakanan tidak dijaga dengan baik akan menyebabkan berat badan bukan turun tetapi naik.

2. Tidak tetapkan menu bersahur dan berbuka yang betul

Bagi sesiapa yang betul-betul ingin capai berat ideal perlu peka dengan setiap menu yang dimakan pada waktu sahur dan berbuka. Makanan yang dimakan pada waktu sahur perlu dipastikan dapat memberikan ketahanan pada perut untuk menahan lapar disamping mempunyai kandungan kalori yang rendah. Contoh yang paling mudah ialah dengan memasukkan oat dalam menu sahur. Buah kurma pula memberikan tenaga berpanjangan sepanjang seharian berpuasa.

Ketika berbuka puasa, menu yang dipilih juga memainkan peranan yang penting untuk mengelakkan dari berat badan meningkat naik ketika dalam bulan ramadhan. Antara makanan yang perlu dielakkan/dikurangkan ialah makanan yang bergoreng dan mempunyai kandungan lemak yang tinggi. Berbuka biarlah berpada-pada dengan menu yang ringkas dan sihat. Elakkan makan kuih muih berlebihan kerana kuih muih biasanya mempunyai kalori yang tinggi walaupun size kuih tersebut kecil.

3. Tidak menjaga portion makanan

Kadang kala bila berbuka, kita akan rasa seperti ingin makan semua benda yang ada di depan mata. Perkara ini adalah perkara yang biasa berlaku pada semua orang setiap kali berpuasa. Hal ini disebabkan paras gula dalam badan menjadi rendah ketika berpuasa dan badan kita cuba memberi tahu yang kita perlu makan makanan berkarbohidrat tinggi seperti nasi dan kadang kala portion makanan kita akan diletakkan secara berlebihan.

Jika anda ingin jaga badan anda dan betul-betul serius untuk capai berat ideal pastikan portion makanan yang dimakan adalah pada tahap yang sederhana dan tidak berlebihan lebih-lebih lagi portion makanan berkarbohidrat tinggi seperti nasi dan roti. Sebaliknya lebihkan portion makanan berfiber seperti sayur-sayuran.

4. Kerap membeli makanan di bazar ramadhan

Memang menjadi kebiasaan apabila tiba bulan ramadhan kita pasti tidak terlepas dari membeli makanan di bazar ramadhan. Dengan juadah berbuka dari pelbagai jenis pasti membuatkan anda tidak sabar untuk berbuka. Tetapi anda perlu juga peka dengan maklumat nutrisi bagi setiap makanan yang dibeli di bazar ramadhan. Kebiasaannya juadah berbuka yang dijual di bazar ramadhan adalah hampir 90% tidak sihat dan tidak sesuai untuk sesiapa yang cuba untuk turunkan berat badan atau menjada berat badan. 

Boleh membeli juadah di bazar ramadhan, tapi lebih baik jika anda memasak sendiri di rumah kerana anda boleh memilih sendiri bahan-bahan masakan yang lebih sihat, kurang kalori dan kurang lemak. 

5. Tidak ada aktiviti riadah langsung

Pada bulan ramadhan dan ketika sedang berpuasa memang tidak digalakkan untuk pergi bersenam. Tetapi bagi sesiapa yang ingin turunkan berat badan khususnya perlu lakukan sedikit aktiviti riadah yang mudah sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu. Hal ini kerana untuk menurunkan berat badan, badan kita perlu kerap melakukan pergerakan untuk membakar kalori dengan lebih efektif.

Pada bulan ramadhan ini anda boleh lakukan aktiviti riadah mudah dan hanya boleh dilakukan dari rumah tanpa perlu ke gym. Antaranya adalah aktiviti riadah seperti 'stretching' dan 'brisk walking'. Aktiviti ini boleh dilakukan sejam sebelum berbuka puasa dan aktiviti riadah seperti ini tidak membuatkan anda terasa penat seperti berjogging dan mengangkat berat. Cukup sekadar untuk buat badan anda bergerak.

CARA  MEMPERCEPATKAN PROSES ANDA UNTUK CAPAI BERAT IDEAL DI BULAN RAMADHAN

LUSLIMLABEB adalah salah satu pilihan semulajadi untuk mempercepatkan proses anda untuk capai berat ideal sebelum raya. LUSLIMLABEB mempunyai bahan semulajadi yang mempunyai ciri 'anti-obesity' yang dapat membakar kalori harian anda dengan lebih efektif. LUSLIMLABEB juga boleh diminum di bulan ramadhan pada waktu sahur dan sebelum tidur. 

Anda boleh buat pembelian secara online seperti di Lazada dan shopee. Klik VIEW PRODUCT  untuk pilih pakej sesuai dan terus ADD TO CART untuk buat pembelian. Insya Allah dalam 1-2 hari dah sampai depan rumah anda.