Call
+60392016443
Contact
ask@luslimlabeb.com
Store info

Mon-Fri, 11am-6pm

Directions

V03-10-09, Sunway Velocity Designer Office, Lingkaran SV, 55100 Cheras KL

V03-10-09, Sunway Velocity Designer Office, Lingkaran SV, 55100 Cheras KL

Mon-Fri, 11am-6pm

Malaysia negara juara obesiti asia?
· ·

Malaysia negara juara obesiti asia?

· ·

Sedar atau tidak, hampir 5.5 juta rakyat malaysia mengalami masalah obesiti atau berat badan berlebihan dan dijangka semakin meningkat dari tahun ke tahun. Kajian kesihatan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ini mungkin agak kurang menyenangkan, tapi ini adalah satu realiti yang harus kita terima.

Malaysia adalah negara yang mempunyai populasi obesiti tertinggi di Asia tenggara

Selain faktor utama yang menjadi penyebab kepada obesiti di Malaysia iaitu faktor pemakanan rakyat Malaysia yang tidak sihat, faktor lain seperti kurangnya aktiviti fizikal juga turut menyumbang kepada masalah obesiti di Malaysia. Kebanyakan rakyat Malaysia lebih cenderung untuk makan makanan yang berkalori tinggi dan berminyak. Kita diajar untuk bersarapan dengan makanan berkalori tinggi dan berlemak seperti nasi lemak dan roti canai tanpa kita sedari. Pada waktu petang pula kita akan makan kuih-kuih yang berkalori tinggi dan berminyak seperti pisang goreng dan lain-lain. Lebih parah yang berlaku sekarang ialah masyarakat Malaysia juga lebih kerap makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan lain-lain terutamanya yang tinggal di kawasan bandar. Mungkin kerana 

Faktor lain seperti kurangnya aktiviti fizikal memang sangat ketara jika dilihat pada masyarakat Malaysia. Lihat sahaja golongan muda zaman sekarang yang lebih banyak menghabiskan masa untuk duduk bermain dengan smartphone dan media sosial tanpa melakukan sebarang aktiviti fizikal dan menggerakkan tubuh badan mereka.

Sejak 2011 Malaysia kekal menjadi juara obesiti

Kebiasaannya golongan yang mengalami masalah berat badan berlebihan ini akan berasa sangat malas untuk melakukan sebarang perubahan gaya hidup. Mereka beranggapan bahawa orang yang gemuk akan selamanya gemuk dan tidak boleh berubah. Saya percaya bahawa perubahan itu boleh berlaku jika mereka ada komitmen yang tinggi untuk buat perubahan tersebut.

Mungkin atas sebab faktor luaran seperti ejekan dari kawan-kawan dan mereka yang sentiasa melemparkan nasihat berbaur negatif seperti "Kau dah gemuk macam ni, susah nak kurus.. buat lah apa-apa pun takkan dapat kurus" menyebabkan golongan ini tiada motivasi dan semangat untuk buat sebarang perubahan.

Tetapi, kata-kata yang paling bahaya dan menjadi racun adalah apabila kata-kata negatif tersebut datang dari kepala mereka sendiri yang mengatakan mereka tidak perlu berubah seperti "alaa relax lah, aku gemuk pun tak susahkan orang, janji aku happy". Sebaliknya, mereka hidup dalam satu keadaan 'state of denial' di mana sebenarnya mereka ingin perubahan tersebut tetapi masih tidak percaya akan kebolehan diri sendiri.

Proses Mendapatkan Berat Badan Ideal

Selama hampir 3 tahun kami membantu mereka yang mengalami masalah berat badan berlebihan untuk capai berat badan ideal mereka, terdapat banyak cerita dan kisah sedih masing-masing yang membuatkan kami lebih bersemangat untuk membantu mereka.

Antara masalah utama yang menjadi faktor kenapa mereka susah untuk buat perubahan ialah kerana mereka tidak tahu cara untuk dapatkan berat badan ideal mereka. Kebanyakannya mengambil langkah mudah dengan menghabiskan ratusan dan ribuan ringgit menggunakan produk kurus yang tidak sesuai dan memberikan kesan sampingan buruk.

Nak dapatkan berat badan ideal memerlukan satu proses dan komitmen yang tinggi, bukan mudah untuk turunkan berat badan walaupun 1kg sekalipun. Jika anda ingin turunkan berat badan secara sihat dan semulajadi tanpa bantuan sebarang produk, anda perlu menyediakan kos bulanan yang agak tinggi sama ada untuk membayar Personal Trainer di gymnasium yang kosnya dalam anggaran RM 200 - RM 400 sebulan dan membayar kos bahan mentah untuk memasak makanan sihat yang rata-ratanya agak mahal dan dianggarkan dalam RM 500-RM700 sebulan.

 Healthy food

Healthy food juga banyak dijual sekarang tetapi dengan harga RM 15-RM20

Selain dari kos yang agak tinggi jika digabungkan kedua-duanya anda juga perlu mengorbankan masa yang banyak untuk ke gym dan masa untuk memasak makanan sihat tersebut. Penjagaan makanan dan senaman adalah dua perkara utama yang perlu dibuat secara konsisten untuk mendapatkan hasil penurunan berat badan dan mungkin hasilnya yang agak lambat membuatkan ramai yang berhenti sekerat jalan.

Produk Kurus, Adakah Perlu Atau Tidak ?

Jika dilihat produk-produk kurus yang ada di pasaran kebanyakannya adalah produk yang diproses dengan bahan tambahan bagi mempercepatkan lagi kesannya dan juga diproses dengan pengawet dan kandungan gula yang tinggi. Produk kurus di pasaran juga dijadikan sebagai 'meal replacement' di mana anda perlu makan produk tersebut dan bergantung kepada produk tersebut untuk kekal kurus.

Secara jujurnya penggunaan produk dan supplement kurus dalam jangka masa yang panjang adalah tidak bagus untuk kesihatan terutama pada organ dalaman seperti buah pinggang. Kebanyakannya beranggapan untuk kurus dengan produk kurus mereka perlu makan produk tersebut dalam jangka masa yang panjang. Jika setiap hari selama setahun anda makan produk kurus ianya sudah tentu akan jadi benda yang tidak sihat tambahan pula jika produk itu diproses.

Produk kurus sepatutnya hanya digunakan dalam satu tempoh tertentu bagi membantu anda untuk mendapatkan berat badan ideal anda. Selepas itu anda hanya perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan membuat aktiviti fizikal 2-3 kali seminggu dan mengurangkan makan makanan yang tidak sihat seperti fast food dan sebagainya.

LUSLIMLABEB™ Ultimate Slimming Program

Produk-produk kurus yang ada di pasaran sekarang kebanyakannya menjanjikan bulan dan bintang seperti "kurus dalam masa 3 hari" dan sebagainya hanya menjual produk mereka semata-mata tanpa niat sebenar untuk membantu pelanggan mereka. Mereka yang telah membeli produk tersebut hanya bergantung kepada produk tersebut dan dibiarkan terkapai-kapai keseorangan tanpa sebarang panduan dan tunjuk ajar. Hal ini menyebabkan mereka hilang motivasi untuk meneruskan usaha mereka untuk menurunkan berat badan dan beranggapan semua produk kurus adalah sama sahaja.

LUSLIMLABEB sebenarnya adalah teh herba cina dari 13 jenis yang mempunyai fungsi bagi membantu untuk menurunkan berat badan secara efektif tanpa sebarang kesan sampingan seperti ubat kurus (sila klik di sini untuk baca dengan lebih lanjut tentang teh herba ini). LUSLIMLABEB pada asalnya telah pun membantu lebih 5000 pengguna untuk capai berat badan ideal mereka dengan selamat tanpa perlu berdiet keras dan bersenam setiap hari.

Tetapi setelah mendengar dan meneliti setiap masalah dihadapi pelanggan kami sepanjang beberapa tahun ini yang tidak mendapat panduan yang betul untuk dapatkan berat badan ideal mereka, kami akhirnya menjadikan LUSLIMLABEB bukan hanya sebagai satu produk teh herba untuk kurus, tetapi sebagai satu program kurus yang dibantu oleh teh herba LUSLIMLABEB bagi membantu anda untuk mendapatkan berat badan ideal dengan efektif !

Setiap pakej LUSLIMLABEB akan disertakan sekali dengan merchandise lain yang akan memberikan nilai yang lebih bermakna untuk anda mendapatkan berat badan ideal anda. Sebagai contoh :

1) eBook Tips Kurus Dengan Herba Asli

eBook yang bernilai RM 25 ini disertakan secara percuma sebagai satu panduan bagi mengoptimumkan penggunaan teh herba bagi membantu anda mendapatkan berat badan ideal. eBook ini telah pun menghasilkan banyak results yang baik dari pengguna-pengguna LUSLIMLABEB.

2) Weight-loss Journey Card

Kad carta yang bernilai RM 6 ini disertakan sekali dalam pakej PRO 20, MEGA 30 dan ULTRA 60 bagi memudahkan anda untuk melihat sendiri perubahan diri anda setiap 10 hari dan memastikan anda kekal bermotivasi untuk dapatkan berat badan ideal anda.

3) Inch-loss Measuring Tape

Alat bersaiz mini dari LUSLIMLABEB ini dibuat khas untuk yang membeli pakej MEGA 30 dan ULTRA 60. Alat ini sangat penting untuk digunakan bagi sesiapa yang betul-betul ingin melihat perubahan mereka dari segi ukur lilit (inch-loss) Ia sangat mudah digunakan bagi mengukur bahagian penting seperti lengan, peha, bahu, pinggang dan lain-lain lagi dan mudah juga untuk dibawa ke mana-mana. 

 4) Ultra Babes FB group (Facebook Online Support)

 

Eksklusif untuk yang memilih pakej ULTRA 60 yang ingin menurunkan berat badan dengan target melebihi 15 kg, anda akan dicoach secara online setiap minggu selain dapat pelbagai extra tips dari team LUSLIMLABEB bagi memastikan anda betul-betul dapat capai berat badan ideal anda.

Setiap pakej dalam LUSLIMLABEB Ultimate Slimming Program disediakan mengikut target weight loss dan komitmen anda untuk dapatkan berat badan ideal. Jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan dan obesiti iaitu BMI melebihi 25-30 (Kira BMI anda di sini).

Kami mencadangkan untuk mengambil pakej MEGA 30 dan ULTRA 60 yang lebih lengkap dengan kesemua merchandise dan dalam tempoh 30-60 hari kami akan pastikan anda dapat berat badan ideal anda. (Bergantung kepada penerimaan badan anda terhadap herba)

Dapatkan pakej-pakej LUSLIMLABEB di sini