Call
+60392016443
Contact
ask@luslimlabeb.com
Store info

Mon-Fri, 11am-6pm

Directions

V03-10-09, Sunway Velocity Designer Office, Lingkaran SV, 55100 Cheras KL

V03-10-09, Sunway Velocity Designer Office, Lingkaran SV, 55100 Cheras KL

Mon-Fri, 11am-6pm

Bagaimana teh herba cina boleh bantu anda dapatkan berat ideal ?
· ·

Bagaimana teh herba cina boleh bantu anda dapatkan berat ideal ?

· ·

Herbs Introduction

Sejak zaman dahulu dan berabad lamanya herba-herba telah digunakan secara meluas bagi menjadikan masakan lebih sedap dan dijadikan sebagai teh. Tetapi tidak ramai yang tahu bahawa terdapatnya pelbagai spesis dan jenis tumbuhan herba yang ditemui telah dijadikan sebagai 'Natural Remedies' untuk mengubati penyakit atau sebagai amalan kesihatan.

Walaupun tidak banyak kajian saintifik dibuat terhadap herba untuk mengubati penyakit dan sebagainya, namun ia tetap diteruskan penanamannya khususnya di negara china yang memang kaya dengan pelbagai jenis herba kerana mereka tahu akan potensi baik herba-herba tersebut.

Herba yang tidak diproses adalah lebih asli dan telus

Dalam konteks herba yang akan dibincangkan ini adalah herba dalam bentuk 'raw materials' dan bukanlah herba yang diproses atau dikenali sebagai 'naturally derived herbs' kerana herba yang diproses ini tidak telus sumbernya dan sering dicampurkan dengan bahan kimia dan pengawet.

Herba yang digunakan mestilah tidak diproses 'raw herbs' untuk menjamin keselamatannya pada tubuh badan

Kebanyakan produk-produk pada zaman sekarang banyak yang mendakwa ianya dibuat daripada 100% herba, tetapi kebanyakannya diproses dalam bentuk kapsul dan serbuk yang membuatkan kita lebih merasa was-was tentang keasliannya. Kebiasaannya herba yang diproses menjadi kapsul datang dari gred yang murah dan dicampurkan dengan pelbagai bahan kimia lain untuk kesan yang cepat tetapi akan memberikan kesan sampingan buruk dan ini memberikan persepsi negatif terhadap herba itu sendiri.

LUSLIMLABEB™

Teh herba LUSLIMLABEB dari uncang yang dikoyakkan

Bagi sesiapa yang tidak mengenali teh herba LUSLIMLABEB pasti memberikan tanggapan negatif bahawa LUSLIMLABEB hanyalah satu produk tempatan dan diproses dengan bahan kimia. Hal ini mungkin kerana lambakan produk tempatan khususnya produk kurus yang hampir sama rupanya dan juga mendakwa sebagai 100% herba.

Sebaliknya LUSLIMLABEB sebenarnya ialah memang herba asli dari bahan mentah 'raw materials' herba itu sendiri. Tidak seperti produk herba dalam bentuk serbuk atau kapsul, LUSLIMLABEB digabungkan dari beberapa jenis herba asli dan dibuat dalam satu uncang. Herba dalam LUSLIMLABEB™ ini dapat dilihat sendiri dengan mata kasar, dapat diasingkan setiap jenis dan mempunyai rasa dan aromanya tersendiri. 

LUSLIMLABEB bukanlah satu ubatan tradisional yang boleh mengubat penyakit obesiti dan kegemukan, tetapi ianya hanya satu alternatif semulajadi bagi membantu badan kita bertindak balas dengan lebih efektif dalam menurunkan berat badan secara semulajadi.

Tidak seperti produk kurus sintetik lain yang memberikan kesan sampingan seperti jantung berdegup laju, rasa resah, susah tidur dan cirit birit LUSLIMLABEB sangat sesuai bagi anda yang inginkan produk kurus yang tiada kesan sampingan buruk seperti produk kurus yang konvensional. 

Bagi sesiapa yang pernah cuba atau hanya kenal nama LUSLIMLABEB sebagai teh herba mungkin tidak didedahkan dengan lebih mendalam tentang fungsi setiap herba dalam LUSLIMLABEB. Oleh itu, blog ini dibawakan khas untuk membincangkan secara ringkas tentang nama-nama herba dalam LUSLIMLABEB dan fungsi bagi setiap herba. 

Senarai Herba Dalam LUSLIMLABEB™

Okay, seperti yang kita sedia maklum LUSLIMLABEB mempunyai dua jenis teh yang diamalkan pada waktu siang dan malam yang berbeza. Herba-herba ini dipisahkan kepada dua jenis kerana ada herba yang hanya efektif pada waktu siang dan ada herba yang hanya efektif di waktu malam.

Setiap herba juga perlu serasi untuk diminum bersama dalam satu uncang dan kandungan herba dalam setiap uncang juga memainkan peranan yang penting. Hanya pakar-pakar herba sahaja yang lebih arif tentang campuran setiap herba ini dan LUSLIMLABEB™ dibuat mengikut nisbah yang betul bagi memastikan ianya memberikan kesan yang lebih efektif dan selamat.

LUSLIMLABEB 'Morning Boost'

Senarai herba dalam Morning Boost

Morning Boost ini adalah amalan pertama dimana ianya diminum di waktu pagi bagi memberikan sumber tenaga yang digunakan secara efektif dari makanan yang dimakan dan di samping membantu badan untuk membakar kalori dan lemak dengan lebih efektif. Waktu pagi dan siang adalah waktu yang sangat bagus untuk membakar lemak kerana tenaga banyak digunakan pada waktu siang sama ada untuk bekerja dan sebagainya.

 

Morning Boost diminum di waktu pagi

Sebenarnya setiap hari kalori dan lemak kita dibakar secara semulajadi, tetapi dengan bantuan herba-herba seperti ini ia menjadikan pembakaran lemak lebih optimum dan yang paling penting ianya tidak memberikan kesan sampingan yang buruk seperti ubat-ubat kurus yang mengandungi bahan kimia sintetik yang lain.

Hal ini kerana herba seperti Ginseng, Oolong Puer dan lain-lain mempunyai kandungan 'Flavanoids' yang tinggi. Flavanoids adalah satu antioksidan yang dijumpai dalam kebanyakan tumbuh-tumbuhan dan antioksidan yang tinggi ini membantu dalam meningkatkan metabolisme dan sistem immune badan secara semulajadi.

Selain itu herba-herba dalam Morning Boost ini juga bila digabungkan akan bertindak sebagai 'food synergy' yang membantu tubuh badan bekerja dengan lebih baik dan optimum untuk memecahkan lemak.

Proses pemecahan lemak atau 'fat metabolism breakdown' ini sangat kompleks kalau dibincangkan kerana banyak faktor lain yang boleh membantu untuk pembakaran lemak seperti senaman, penjagaan makanan dan penggunaan ubat/dadah yang terkawal.

Bagi penggunaan ubat-ubatan memang ada banyak kajian yang dibuat bagi menurunkan berat badan, tetapi seperti yang kita maklum ubat-ubatan mempunyai kesan sampingan yang buruk (maklumat lebih lanjut tentang kesan sampingan ubat kurus sila baca di sini)

 

Proses pemecahan lemak dari peningkatan metabolisme

Walaupun sedikit hasil kajian saintifik yang membuktikan herba-herba di atas  dapat membantu menurunkan berat badan, kebanyakan hasil kajian menyimpulkan bahawa herba-herba tersebut dapat meningkatkan metabolisme badan. Apabila metabolisme menjadi tinggi, proses pemecahan lemak akan jadi lebih cepat dan optimum dan yang paling penting ianya tidak memberikan kesan sampingan buruk seperti ubat kurus.

LUSLIMLABEB 'Evening Doze-Off'

Herba-herba dalam Evening Doze-Off

Evening Doze-Off pula ialah herba-herba yang diminum di sebelah malam bagi menyekat pembentukan lemak baru dan menyingkirkan lebihan toksin dan sodium yang berlebihan.

Proses penyingkiran toksin yang dimaksudkan bukanlah proses detox yang memaksa perut/usus untuk dicuci seperti yang kita biasa bayangkan dimana kita perlu ke tandas setiap masa hampir 3-4 kali sehari. Banyak yang bertanggapan LUSLIMLABEB™ adalah seperti detox tea di pasaran yang kebanyakannya mempunyai bahan yang sama dan rupa yang sama serta kesan perlu ke tandas setiap masa. 

Hal ini kerana kebanyakan detox tea di pasaran mempunyai satu bahan semulajadi yang bertindak sebagai julap iaitu 'senna leave'. Walaupun senna leave bahan semulajadi, tetapi ia agak bahaya jika diteruskan penggunaannya kerana ia boleh menghakis usus.

Uncang teh Evening Doze-Off yang direndam

Berbeza dengan LUSLIMLABEB™ herba seperti Burdock Root, Fanugreek Seeds, Hawthorn Berry dan Liquorice Root bertindak sebagai food synergy untuk menyekat proses pembentukan lemak baru dari makanan yang dimakan melalui peningkatan sistem penghadaman dan membantu membuang sodium(garam) berlebihan.

Sodium/garam berlebihan adalah salah satu punca kegemukan di mana ia bukanlah dalam bentuk lemak, tetapi dalam bentuk cecair(gemuk air). Bila badan menyimpan sodium berlebihan, ia akan melemahkan fungsi buah pinggang untuk menapis darah dengan baik dan juga menyebabkan penyakit kardiovaskular yang lain. Sodium/garam berlebihan banyak didapati dari makanan yang diproses dan makanan Malaysia yang kebanyakannya tidak sihat.

Peppermint dan Lotus Leaves pula adalah herba tambahan yang membantu tubuh badan untuk mengawal stress dan anxiety dengan baik di mana seperti kita sedia maklum stress juga adalah punca kepada kegemukan.

Conclusion

Sebenarnya jika dilihat bagaimana cara kedua-dua LUSLIMLABEB™ Morning Boost dan Evening Doze-Off bertindak dalam membantu untuk menurunkan berat badan adalah tidak begitu kompleks untuk difahami. Kedua-dua jenis teh LUSLIMLABEB™ tersebut mempunyai kesan dan tanggungjawab yang berbeza dalam membantu untuk menurunkan berat badan berlebihan tetapi menjadi lebih efektif jika digabungkan.

Walaubagaimanapun anda perlu ingat bahawa jalan yang terbaik dan lebih efektif untuk menurunkan berat badan adalah dengan menjaga pemakanan dan bersenam. LUSLIMLABEB™ hanyalah satu alternatif untuk mempercepatkan proses penurunan berat badan (weight-loss booster) anda secara semulajadi jika dengan bersenam dan penjagaan makanan sahaja tidak begitu memberikan kesan yang optimum terutama jika anda tiada masa untuk bersenam dan menjaga pemakanan.

 

PAKEJ MANA YANG SESUAI UNTUK ANDA?

Hasil dari pemerhatian dan results dari consumer yang berjaya turun berat badan dengan LUSLIMLABEB, LUSLIMLABEB telah dijadikan sebagai pakej-pakej berlainan berdasarkan target weight loss yang anda nak capai dan bacaan BMI anda yang asal.

Bila dijadikan dalam bentuk pakej, anda boleh mendapatkan penjimatan duit yang lebih banyak dengan VALUE yang lebih. Herba-herba ini jika didapatkan sendiri dari kedai herba akan menjadi dari lebih mahal. Untuk sebulan sahaja anda mungkin perlu berbelanja hampir RM 600++  so anda akan rasa bertuah bila dapat LUSLIMLABEB dalam pakej-pakej yang kami sediakan. 

Pakej MEGA 30 menjadi pilihan ramai dengan nilai yang berbaloi dengan tambahan FREE inch-loss tape dan weight loss journey card

Nak tau tak pakej yang sesuai untuk anda? klik di SINI untuk check BMI (Body Mass Index) anda untuk check sama ada andaobes atau pun tak.

Kalau dah tahu nak pakej yang mana boleh buat pembelian secara online macam anda beli di Lazada dan shopee. Klik VIEW PRODUCT  untuk pilih pakej sesuai dan terus ADD TO CART untuk buat pembelian. Dalam tempoh 1-2 hari dah boleh sampai depan rumah :) 

Tak tahu nak pilih pakej yang sesuai? klik link di bawah untuk WHATSAPP dan dapatkan konsultasi dari kami :

Whatsapp kami

KEMPEN 'NAK CUBA HERBA ASLI' RM 10

Jadi 300 orang yang terawal untuk dapatkan herba asli yang telah berjaya bantu Elly dan ramai lagi untuk capai berat ideal dengan cara semulajadi dan selamat. Hanya dengan RM 10 anda boleh rasai kelainan herba asli ini. Klik link di bawah untuk jadi 300 orang terawal :

http://www.olathebeauty.com/nakcubaherbaasli/