Call
+60392016443
Contact
ask@luslimlabeb.com
Store info

Mon-Fri, 11am-6pm

Directions

V03-10-09, Sunway Velocity Designer Office, Lingkaran SV, 55100 Cheras KL

V03-10-09, Sunway Velocity Designer Office, Lingkaran SV, 55100 Cheras KL

Mon-Fri, 11am-6pm

Suka Mengunyah Di Tempat Kerja? Bawa 5 Snek Sihat Ini Ke Pejabat
·

Suka Mengunyah Di Tempat Kerja? Bawa 5 Snek Sihat Ini Ke Pejabat

·

Suka mengunyah atau 'snacking' adalah antara salah satu masalah/penyebab wanita yang bekerja di pejabat sukar untuk turunkan berat badan. Sebenarnya mengunyah tidak memberikan sebarang masalah pada proses penurunan berat badan, tetapi yang menjadi masalah adalah jenis makanan yang dikunyah.

Memang menjadi kebiasaan, apabila kita merasa mengantuk, bosan dan stress di tempat kerja akan datang satu perasaan di mana kita terasa seperti ingin mengunyah sesuatu. Kebanyakan daripada kita akan terfikir untuk mengunyah sesuatu yang biasa seperti keropok, biskut, kacang dan sebagainya yang memang tinggi kalori, lemak dan sodium.

Tetapi pernah tak anda terfikir bahawa terdapatnya makanan yang dijadikan sebagai alternatif lain dan lebih sihat untuk dikunyah dan mungkin boleh dibawa ke pejabat sebagai simpanan snek yang sihat. Oleh itu ini adalah beberapa snek sihat yang boleh dijadikan alternatif yang lebih sihat untuk dikunyah di tempat kerja. Snek-snek ini bukan sahaja boleh dijadikan sebagai pengubat kepada masalah suka mengunyah anda, juga boleh dijadikan sebagai sumber tenaga yang sihat di tempat kerja.

1. Nuts 

Kacang yang dimaksudkan ini bukanlah kacang RM 1 yang biasa dijual dalam pek kecil yang biasa kita makan. Kacang ini adalah kacang yang asli di mana ia tidak dimaniskan/diperisakan (unflavoured/unsweetened). Kacang seperti ini boleh didapati di kebanyakan pusat membeli belah dan jika anda masih inginkan kacang yang berperisa sila pastikan anda menyemak terlebih dahulu kandungan nutrisinya dan pastikan kandungan gula dan sodium tidak melebih-lebih. Kacang juga memberikan kesan kenyang yang agak panjang kerana kandungan protein di dalamnya.

2. Dried Fruit

Dried fruit adalah buah-buah yang dikeringkan dan boleh dijadikan sebagai snek yang sihat di mana ia kaya dengan fiber dan vitamin lain yang meningkatkan sistem penghadaman badan. Antara dried fruit yang boleh dijadikan amalan ialah buah prune, kurma, apricot dan banyak lagi. Tetapi perlu diingatkan hanya cari dried fruit yang tidak dimaniskan kerana ia lebih baik untuk anda yang ingin turunkan berat badan.

3. Greek Yogurt

Greek yogurt adalah salah satu pilihan snek sihat yang boleh dimakan di dalam tempoh 'in between' meals. Adalah lebih baik jika yogurt yang dipilih berlemak rendah dan tidak dimaniskan (plain). Untuk menjadikan yogurt sebagai snek yang menarik, anda boleh campurkan yogurt dengan buah-buahan seperti apple, blueberry dan strawberry.

4. Oatmeal

Oatmeal juga adalah salah satu snek sihat yang mudah disediakan dan memberikan rasa kenyang yang lama. Hanya dapatkan oatmeal yang tidak ditambah gula dan sebarang perisa. Jika anda ingin menambah perisa anda sendiri, hanya tambah buah-buahan seperti pisang, blueberry dan kismis. Oatmeal sesuai dimakan sebagai snek 'in between meals' di antara tempoh makan pagi dan tengahari atau di antara makan tengahari dan malam.

5. Tuna 

Tuna yang dimaksudkan ini adalah tuna yang tidak dicampurkan dengan mayonis atau sos lain. Tuna ini biasanya didapati dalam tin dan dalam bentuk chunk. Bagi anda yang ingin bawa makanan seperti tuna di tempat kerja anda tidak perlu bawa satu tin tuna. Hanya sediakan satu ziplock bag atau bekas makanan yang kecil untuk menyimpan tuna itu. Tuna adalah salah satu makanan berprotein tinggi yang sesuai dijadikan snek.

The Final Thoughts

Snek-snek yang dicadangkan ini hanyalah cadangan dari kami untuk memudahkan anda mencari alternatif yang sihat untuk mengunyah daripada mengunyah snek-snek yang tidak sihat. Perkara yang paling penting dan perlu ada dalam proses menurunkan berat badan adalah dengan mengawal kalori pemakanan anda setiap hari. Selain itu, dengan senaman juga anda boleh dapatkan result yang lebih cepat untuk turunkan berat badan. Tetapi disebabkan jadual kita yang bekerja agak padat dan susah untuk mencari masa bersenam, ramai yang terus rasa 'give up' untuk kurus. Lebih baik jika ada sesuatu yang boleh membantu anda untuk mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan dengan selamat dan semulajadi. 

LUSLIMLABEB™

LUSLIMLABEB™ ialah teh herba yang kami sediakan bagi mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan dengan lebih selamat jika dengan senaman dan penjagaan makanan sahaja tidak begitu efektif bagi anda. (sila baca di sini untuk melihat senarai herba yang ada dalam LUSLIMLABEB™)

p/s : LUSLIMLABEB adalah satu program kurus yang kami mudahkan bagi sesiapa yang ingin turunkan berat badan berdasarkan TARGET weight loss dan KOMITMEN anda untuk kurus. LUSLIMLABEB datang dalam beberapa pakej dan pakej MEGA 30 dan ULTRA 60 adalah pakej untuk yang betul-betul komited dan ada target nak turunkan berat badan macam Madam Ell dan kebanyakan pengguna berjaya yang lain.

Nak tau tak pakej yang sesuai untuk anda? klik di sini untuk check BMI Body Mass Index korang. Kalau dah tahu nak pakej yang mana boleh buat pembelian secara online macam korang beli di Lazada dan shopee. Klik VIEW PRODUCT  untuk pilih pakej sesuai dan terus ADD TO CART untuk buat pembelian. 

Untuk lihat lebih banyak testimoni berjaya pengguna LUSLIMLABEB boleh klik di sini atau ke IG dan FB LUSLIMLABEB :

IG : luslimlabeb.hq

FB : Olathee