BFCM SALE! : FREE SHIPPING FOR ALL! EXTRA DISCOUNTS FOR ALL! WIN 3X VACUUM! BFCM SALE! : FREE SHIPPING FOR ALL! EXTRA DISCOUNTS FOR ALL! WIN 3X VACUUM!
Call
+60392016443
Contact
ask@luslimlabeb.com
Store info

Mon-Fri, 11am-6pm

Directions

V03-10-09, Sunway Velocity Designer Office, Lingkaran SV, 55100 Cheras KL

V03-10-09, Sunway Velocity Designer Office, Lingkaran SV, 55100 Cheras KL

Mon-Fri, 11am-6pm

Tips Kurus Ketika Dalam Tempoh Berkurung PKP
·

Tips Kurus Ketika Dalam Tempoh Berkurung PKP

·

Negara kita telah dikejutkan dengan berita dan keputusan dari kerajaan bagi melaksanakan Tempoh Kawalan Pergerakan yang telah bermula dari 18 Mac dan dilanjutkan sehingga 28 April 2020. Semestinya ini adalah perkara yang agak baru dan agak kekok berlaku pada rakyat Malaysia di mana kebiasaannya kita selalu bebas untuk bergerak ke sana dan ke sini. Tetapi hari ini kita terpaksa akur dengan perintah yang dilaksanakan kerajaan untuk 'Stay Home' atau duduk rumah.

Perintah Kawalan Pergerakan telah dilanjutkan sehingga 28 April 2020

Antara salah satu masalah yang tidak ramai sedar apabila PKP dilaksanakan ialah kenaikan berat badan sepanjang duduk di rumah. Hal ini berlaku kerana metabolisma badan kita sudah mula menjadi rendah disebabkan pergerakan kita yang agak terhad di rumah. Masalah ini akan cepat dan mula disedari oleh golongan wanita oleh sebab metabolisma badan wanita adalah lebih rendah dari lelaki.

Kebiasaannya kita akan berjalan kaki lebih dari 3000 hingga 5000 langkah setiap hari ketika di tempat kerja dan sebagainya. Tetapi hasil dari pemerhatian Madam Ell sepanjang di rumah, langkah perjalanan kita adalah kurang dari 1000 langkah. Nampak macam bukan satu masalah yang besar bukan?

 

Hasil pemerhatian dari rekod Health App by iphone

Tetapi jika anda fikir balik lebih banyak langkah-langkah perjalanan kita, lebih banyak kalori yang akan dibakar sepanjang hari dan akan mengelakkan kita dari naik berat badan secara mendadak. Masalah yang berlaku sekarang ialah cara pemakanan kita di dalam rumah adalah sama seperti cara pemakanan kita semasa sebelum tempoh PKP.

Kita tetap perlu makan di rumah, tetapi aktiviti yang kita lakukan tidak setimpal dengan pengambilan makananan kita walaupun dengan semudah berjalan kaki beberapa langkah. Di rumah sekarang kita lebih banyak menghabiskan masa untuk duduk dan baring disebabkan keluasan rumah yang agak terhad. Kita juga makan tidak mengikut masa dan hanya makan mengikut nafsu semata-mata. 

Bila di rumah, kita akan lebih banyak duduk dan berbaring

Disebabkan itu, berat badan kita cepat naik sepanjang duduk di rumah. Sebenarnya, kita masih ada peluang untuk turunkan berat badan dari rumah dan boleh turun lebih lagi berat badan dan bukan hanya 'maintain' berat sahaja.

So, macam mana kita nak turunkan berat badan walaupun terpaksa berkurung dalam rumah?

1. Masak dan makan masakan yang lebih sihat

Cuba untuk masak masakan yang lebih sihat iaitu kurang garam, penambah perisa dan kurang lemak trans/tepu. Kita boleh pilih untuk masak masakan yang lebih sihat dan kurang kalori. Sebenarnya nak masak masakan sihat ni tak perlukan bahan-bahan yang mahal pun. Anda masih boleh masak masakan yang sihat dan sedap dengan beberapa bahan asas yang mudah untuk dicari dan disediakan.

Dengan cara ini sedikit sebanyak akan bantu anda untuk turunkan berat badan walaupun terpaksa duduk di rumah. Selain itu, anda boleh luangkan masa anda di rumah dengan memasak masakan sihat untuk keluarga.

Ebook Resipi Kurus Lockdown diberikan secara percuma dengan setiap pembelian Olathee LUSLIMLABEB teas

2. Lakukan 'Home Workout' di rumah

Kunci kepada pembakaran kalori dan penurunan berat badan ialah 'PERGERAKAN'. Anda perlu fikirkan bagaimana anda boleh kekal aktif dari rumah dengan melakukan pelbagai aktiviti untuk terus bergerak. Antara aktiviti yang anda boleh buat ialah dengan melakukan 'Home Workout'. Dengan 'Home workout' sebenarnya anda boleh lakukan dengan lebih tenang dan mudah tanpa sebarang peralatan gym. Fokuskan pada 'Home Workout' untuk mengecilkan bahagian lengan, perut, dan peha kerana bahagian badan ini lah yang akan cepat naik apabila anda naik berat badan. 

Ebook Olathee Home Workout diberikan secara percuma dengan setiap pembelian Olathee LUSLIMLABEB teas

3. Percepatkan proses penurunan berat dengan teh herba

Teh herba yang dimaksudkan bukanlah teh herba yang memaksa anda untuk ke tandas setiap masa seperti teh detox. Teh herba yang dimaksudkan ialah sebagai contoh seperti teh seperti Oolong, Puer, Ginseng dan Green tea. Teh herba seperti ini adalah tinggi dengan 'Flavanoid' iaitu sejenis antioksidan bagi mempercepatkan proses pembakaran kalori dan lemak. Selain itu, dengan teh herba anda juga boleh meningkatkan metabolisma anda sehingga 10-20%. 

Teh herba LUSLIMLABEB mempunyai 13 jenis herba seperti Oolong, Puer, dan Ginseng

Conclusion

Sebenarnya, naik atau turunnya berat badan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini adalah pilihan anda sendiri. Anda sendiri yang pilih sama ada ingin menurunkan berat badan atau pilih untuk tak buat apa-apa sepanjang tempoh berkurung di rumah dan apabila habis sahaja tempoh berkurung ni dan anda mula bekerja seperti biasa jangan terkejut kalau berat badan anda naik secara mendadak tanpa anda sedar.

"Berat badan sekali naik memang senang, tapi bila nak turun memang susah" - Madam Ell

Anda perlu terus bersedia untuk stay safe dan stay kurus at home! 

Free Email Series (Tips)

Email series tips kurus at home yang diberikan khas untuk memfokuskan penurunan berat badan you all sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan di rumah. Dapatkan email tips ini secara percuma!

Olathee LUSLIMLABEB™

 

 

LUSLIMLABEB™ ialah pilihan semulajadi dalam bentuk teh herba dari 13 jenis termasuk Oolong, Puerh dan Ginseng yang kami sediakan sebagai 'Natural Booster' bagi mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan dengan lebih selamat jika hanya dengan senaman dan penjagaan makanan sahaja tidak begitu efektif bagi anda. (sila baca di sini untuk melihat senarai herba yang ada dalam LUSLIMLABEB™)

Antara beberapa kajian yang dibuat mengenai keberkesanan teh herba untuk membantu menurunkan berat badan

Sebagai penghargaan kepada you yang sedang membaca blog Madam Ell, Madam Ell berbesar hati untuk memberikan special offer pada you! 

Untuk pembelian di website you all boleh terus klik di sini atau kalau you nak contact Madam Ell terus melalui whatsapp boleh klik Whatsapp Madam Ell

Untuk lihat lebih banyak testimoni berjaya pengguna LUSLIMLABEB boleh klik di sini atau ke IG dan FB LUSLIMLABEB :

IG : luslimlabeb.olathee

FB : Olathee