Call
+60392016443
Contact
ask@luslimlabeb.com
Store info

Mon-Fri, 11am-6pm

Directions

V03-10-09, Sunway Velocity Designer Office, Lingkaran SV, 55100 Cheras KL

V03-10-09, Sunway Velocity Designer Office, Lingkaran SV, 55100 Cheras KL

Mon-Fri, 11am-6pm

Naik Berat Lepas PKP? Ini 5 Tips Kurus Lepas PKP!
· ·

Naik Berat Lepas PKP? Ini 5 Tips Kurus Lepas PKP!

· ·

Kesan dari PKP

Negara kita telah dikejutkan dengan berita dan keputusan dari kerajaan bagi melaksanakan Tempoh Kawalan Pergerakan yang telah bermula dari 18 Mac dan dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020. Semestinya ini adalah perkara yang agak baru dan agak kekok berlaku pada rakyat Malaysia di mana kebiasaannya kita selalu bebas untuk bergerak ke sana dan ke sini. Tetapi sepanjang PKP kita terpaksa duduk di rumah dan kurang bebas untuk ke mana-mana.

PKP telah ditamatkan dan diganti dengan PKPP

Disebabkan oleh PKP, ramai yang mengadu pada Madam Ell, berat badan semakin naik disebabkan terlampau lama duduk di rumah di mana pergerakan pun terhad dan disebabkan oleh makanan-makanan yang dimakan semasa menyambut hari Raya Aidilfitri.

3 Tanda Berat Badan Anda Makin Naik Lepas PKP :

1. Cepat rasa mengah walaupun hanya berjalan jarak dekat.

2. Baju yang biasa dipakai dah mula rasa semakin sendat/tak muat.

3. Ditegur makin berisi oleh orang sekeliling yang rapat.

Adakah Masih Sempat Untuk Anda Kurus?

Jika kita pandai menggunakan tempoh PKP lepas untuk turunkan berat badan sebenarnya kita masih boleh turunkan berat badan dengan cara dan strategi yang betul. Tetapi tidak ramai yang betul-betul menggunakan tempoh tersebut untuk fokus bagi mencapai berat ideal.

Sekarang, bila sesudah habisnya PKP dan raya aidilfitri baru lah kita mula sedar berat badan makin menaik. Apa-apa pun, anda tak perlu panik apabila mula menyedari berat badan anda makin meningkat. Anda hanya perlu ada pelan, strategi dan benda yang penting untuk memastikan anda dapat turunkan berat badan dengan lebih cepat dan yang penting lebih selamat.

Buang Lemak Sementara Masih Awal !

Sekarang kita boleh menarik nafas lega kerana PKP telah ditamatkan dan diubah menjadi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kita lebih bebas untuk merentas negeri tetapi masih lagi perlu mengikut norma baru yang perlu dibiasakan sehingga tamatnya pandemik COVID-19 ni.

Lemak dan juga kalori berlebihan yang dah mula melekat pada badan anda masih boleh dibakar dan dibuang sementara ia masih baru dalam badan. Jikalau anda tidak berbuat apa-apa untuk turunkan berat badan yang naik disebabkan PKP ini, kemungkinan besar lemak berlebihan itu akan lebih susah untuk dihilangkan sebab ia sudah melekat dan sebati dengan kulit dan daging kita.

Ini adalah perkara biasa yang berlaku pada ramai golongan terutama pada wanita yang naik berat lepas berkahwin di mana kebanyakannya pilih untuk tidak berbuat apa-apa untuk turunkan berat badan dan berat badan naik sehingga menjadi susah untuk diturunkan selepas 1-2 tahun dibiarkan tanpa berbuat apa-apa.

Berat badan Madam Ell pernah naik mendadak lepas berkahwin dan susah untuk diturunkan selepas 1-2 tahun 

 

5 Tips Turunkan Berat Lepas PKP

Tanpa melengahkan pembacaan anda jom kita scroll, belek dan fahamkan setiap tips yang Madam Ell berikan secara istimewa untuk bantu anda turunkan berat badan lepas PKP.

1. Target untuk berjalan kaki minimum 30 minit sehari/4000 langkah.

Setelah kita 'stay at home' dalam tempoh yang lama, akhirnya kita boleh bekerja dan ke tempat kerja dan menggunakan peluang untuk berjalan kaki ke pejabat atau gunakan waktu lunch hour untuk berjalan ke kedai makan. Pastikan anda mempunyai aplikasi yang boleh mengesan langkah anda setiap hari untuk memudahkan anda merekod 'progress' anda.

Contoh aplikasi 'Health' di dalam Iphone 

Letakkan target atau sasaran untuk berjalan 30 minit sehari. Dengan berjalan kaki 'brisk walking' selama 30 minit anda boleh bakar 100-300 kalori. Lebih baik jika kita letakkan sasaran untuk berjalan 10 000 langkah sehari. Perkara penting yang perlu dibuat selepas PKP ini adalah untuk mengikuti gaya hidup yang lebih sihat dan lebih banyak pergerakan berbanding semasa tempoh PKP.

2. Rekod setiap kalori makanan yang dimakan setiap hari

Mulakan dengan merekod setiap makanan yang anda makan setiap hari beserta dengan kalori makanan tersebut. Anda juga perlu memastikan jumlah kalori makanan yang dimakan pada hari tersebut tidak melebihi 'target' kalori maksimum yang anda letakkan.

Dengan cara ini anda akan jadi lebih berdisiplin dan proses penurunan berat badan akan menjadi lebih cepat dan lebih serius. Anda boleh menggunakan aplikasi untuk merekod kalori pemakanan anda setiap hari atau menulis sendiri rekod pemakanan anda di atas buku nota anda. Anda juga boleh mendapatkan Food Diary dari Olathee secara percuma dengan lebih 100 senarai makanan Malaysia beserta maklumat kalori.

 

Food Diary diberikan secara percuma dengan setiap pembelian pakej LUSLIMLABEB untuk merekod setiap makanan yang dimakan setiap hari.

3. Puasa air manis dan makanan proses.

Ramai yang salah faham di mana ada yang berpendapat bahawa kita perlu berdiet keras untuk turunkan berat badan dengan lebih cepat. Ya betul, jika kita berdiet keras berat badan boleh turun dengan cepat tetapi jika kembali kepada diet biasa berat badan anda akan naik secara mendadak dan mungkin naik 2-3 kali ganda!

Diet yang anda perlu lakukan hanyalah berpuasa dari minum air manis berkalori tinggi dan juga makanan yang diproses seperti fast food dan frozen food. Anda boleh makan nasi dan lauk seperti biasa, cuma kawal kalori seharian sahaja.

Pastikan juga anda semak kandungan nutrisi setiap makanan yang dimakan

Sangat penting untuk berpuasa air manis dan makanan proses disebabkan air manis hanya akan menambah 'extra calories' dan membuatkan proses pembakaran kalori dan lemak menjadi lambat disebabkan insulin dalam badan kita dihasilkan dengan banyak untuk mengawal gula dalam badan. 

Sama juga dengan makanan proses yang dimakan mempunyai kandungan sodium (garam) yang tinggi beserta dengan lemak tepu yang pasti akan melambatkan proses penurunan berat badan kita. Oleh itu anda perlu peka dengan 'nutrition facts' setiap makanan yang dimakan

4. Dapatkan sokongan dari orang yang betul.

Salah satu masalah kita apabila nak turunkan berat badan ialah bila tidak mendapat sokongan yang betul dari orang sekeliling. Anda mesti pernah ditegur seperti ini "Alah aku tengok kau ni dari dulu nak kurus tapi tak kurus-kurus pun". Kadang-kadang teguran seperti ini lah yang menyebabkan kita rasa 'down' dan berputus asa untuk kuruskan badan.

Ini disebabkan kita tak ada sokongan dari orang yang betul. Anda perlu mencari rakan-rakan dan orang sekeliling yang mempunyai misi yang sama iaitu menurunkan berat badan sehingga capai berat ideal atau berat yang kita inginkan.

 

FREE Unlimited Support Group diberikan percuma kepada anda yang membeli pakej Mega 30/Ultra 60

Jika anda tidak ada orang sekeliling untuk menyokong perjuangan anda, anda boleh menjadi salah seorang dari ahli 'Support Group' Telegram Olathee LUSLIMLABEB di mana dalam group ini segala persoalan anda boleh dijawab dan anda juga boleh mendapatkan tips dan motivation dari ahli group lain yang berjaya turunkan berat badan.

5. Percepatkan proses penurunan berat dengan teh herba.

Teh herba yang dimaksudkan bukanlah teh herba yang memaksa anda untuk ke tandas setiap masa seperti teh detox. Teh herba yang dimaksudkan ialah sebagai contoh seperti teh seperti Oolong, Puer, Ginseng dan Green tea. Teh herba seperti ini adalah tinggi dengan 'Flavanoid' iaitu sejenis antioksidan bagi mempercepatkan proses pembakaran kalori dan lemak. Selain itu, dengan teh herba anda juga boleh meningkatkan metabolisma anda sehingga 10-20%. 

Teh herba LUSLIMLABEB mempunyai 13 jenis herba seperti Oolong, Puer, dan Ginseng


Teh herba seperti ini juga lah yang membantu Madam Ell untuk 'loss' 18kg dengan cara semulajadi setelah mencuba hampir pelbagai cara diet dan penggunaan supplement yang tidak pernah menjadi bagi Madam Ell yang memang jenis susah untuk turunkan berat badan. Tapi akhirnya dengan herba asli ia sangat menjadi bagi Madam Ell dan ramai juga pengguna lain.

Conclusion

Sebenarnya, naik atau turunnya berat badan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan usaha untuk menurunkan berat tersebut adalah pilihan anda. Anda sendiri yang pilih sama ada ingin menurunkan berat badan atau pilih untuk tidak berbuat apa-apa selepas PKP ini dan biarkan sahaja berat terus menaik sehingga sampai satu masa ia jadi agak susah untuk diturunkan.

Masih ada peluang untuk anda bertindak bagi menurunkan berat badan anda sementara kenaikan berat tu masih lagi baru. At the same time jika anda sememangnya overweight, ini juga satu peluang yang terbaik untuk anda percepatkan proses tersebut dengan herba asli LUSLIMLABEB yang dah bantu Madam Ell hilang lebih 18kg dalam 2 bulan lebih.

Anda perlu terus bersemangat untuk turunkan berat badan dan juga menjaga penampilan dan kesihatan selepas PKP

Olathee LUSLIMLABEB™

LUSLIMLABEB™ adalah pilihan semulajadi dalam bentuk teh herba dari 13 jenis termasuk Oolong, Puerh dan Ginseng yang kami sediakan sebagai 'Natural Booster' bagi mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan dengan lebih selamat jika hanya dengan senaman dan penjagaan makanan sahaja tidak begitu efektif bagi anda. (sila baca di sini untuk melihat senarai herba yang ada dalam LUSLIMLABEB™)

Antara beberapa kajian yang dibuat mengenai keberkesanan teh herba untuk membantu menurunkan berat badan

FREE TIPS & MOTIVATION DARI MADAM ELL

Email series tips kurus after PKP yang diberikan khas untuk memfokuskan penurunan berat badan you all selepas berbulan lamanya berada di rumah dan naik berat badan semasa PKP. Dapatkan email tips ini secara percuma! 

Kembali Lebih Better Special Offer!

Naik berat badan lepas PKP? Special untuk anda yang sedang membaca blog ini, Madam Ell berikan special offer & special solution supaya anda lebih bersemangat untuk kembali dan get back on the track!

Untuk pembelian di website you all boleh terus klik di sini atau kalau you nak contact Madam Ell terus melalui whatsapp boleh klik Whatsapp Madam Ell

Ramai yang berpuas hati bila dapat capai berat ideal dengan cara semulajadi

Untuk lihat lebih banyak testimoni berjaya pengguna LUSLIMLABEB boleh klik di sini atau ke IG dan FB LUSLIMLABEB :

IG : luslimlabeb.olathee

FB : Olathee