BFCM SALE! : FREE SHIPPING FOR ALL! EXTRA DISCOUNTS FOR ALL! WIN 3X VACUUM! BFCM SALE! : FREE SHIPPING FOR ALL! EXTRA DISCOUNTS FOR ALL! WIN 3X VACUUM!
Call
+60392016443
Contact
ask@luslimlabeb.com
Store info

Mon-Fri, 11am-6pm

Directions

V03-10-09, Sunway Velocity Designer Office, Lingkaran SV, 55100 Cheras KL

V03-10-09, Sunway Velocity Designer Office, Lingkaran SV, 55100 Cheras KL

Mon-Fri, 11am-6pm

5 Tips Kurus Sepanjang Ramadan PKP
·

5 Tips Kurus Sepanjang Ramadan PKP

·

Negara kita telah dikejutkan dengan berita dan keputusan dari kerajaan bagi melaksanakan Tempoh Kawalan Pergerakan yang telah bermula dari 18 Mac dan dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020. Semestinya ini adalah perkara yang agak baru dan agak kekok berlaku pada rakyat Malaysia di mana kebiasaannya kita selalu bebas untuk bergerak ke sana dan ke sini. Tetapi hari ini kita terpaksa akur dengan perintah yang dilaksanakan kerajaan untuk 'Stay Home' atau duduk rumah.

Perintah Kawalan Pergerakan telah dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020

Tambahan pula kita sudah memasuki bulan Ramadan dan PKP telah pun dilanjutkan sehingga selepas Raya Aidilfitri. Sedar tak sedar sebenarnya dalam tempoh ini lah kita boleh betul-betul fokus untuk turunkan berat badan. 3 Sebab kenapa kita boleh berjaya kurus dalam tempoh PKP Ramadan :

  1. Kita ada lebih masa untuk fokus turunkan berat badan di rumah
  2. Boleh kurangkan minum minuman manis sebab duduk rumah
  3. Tahun ni dah tak pergi bazar ramadan, boleh masak di rumah

Oleh itu, anda sepatutnya mengambil peluang dalam bulan Ramadan bukan sahaja untuk meningkatkan ibadah, tetapi juga untuk tingkatkan lagi tahap kesihatan dan bentuk badan anda.

Pada tahun-tahun lepas semasa Ramadan kita rasa macam susah untuk turunkan berat badan disebabkan banyaknya faktor lain seperti susah untuk mencari makanan yang sihat sepanjang Ramadan. Kita kebiasaannya akan terus beli makanan yang kurang sihat di bazar Ramadan untuk menjimatkan masa memasak selepas balik kerja.

Bazaar Ramadan pada tahun ini terpaksa dibatalkan untuk mengelak penularan wabak COVID-19

Tetapi pada tahun ini kita akan ada lebih banyak masa di rumah untuk masak masakan yang lebih sihat. Ada beberapa tips yang boleh Madam Ell kongsikan kepada anda untuk percepatkan lagi proses kurus di bulan Ramadan dan PKP.

1. Slow Jog 15-30 Minit Di Dalam Rumah

Anda boleh cuba percepatkan lagi pembakaran kalori dan lemak dengan membuat aktiviti slow jog di dalam rumah. Cukup dengan menggunakan ruang-ruang yang ada di rumah untuk slow jog bagi meningkatkan metabolism dan percepatkan proses pembakaran kalori.

2. Sediakan Pelan Pemakanan (Meal Plan) sihat untuk sepanjang Ramadan

Sediakan satu pelan pemakanan merangkumi sahur, berbuka dan snacking supaya anda boleh menyediakan masakan sihat lebih awal. Kebiasaannya kita hanya makan apa-apa masakan tanpa mengikut sebarang meal plan, tetapi kali ni sepanjang 30 hari Ramadan, kita boleh ikut sendiri pelan pemakanan yang dapat membantu kita turunkan berat badan sepanjang Ramadan PKP

Ebook Meal Plan Ramadan At home dibuat special untuk bantu anda menurunkan berat badan sepanjang Ramadan dan PKP .

3. Lakukan 'Home Workout' di rumah

Kunci kepada pembakaran kalori dan penurunan berat badan ialah 'PERGERAKAN'. Anda perlu fikirkan bagaimana anda boleh kekal aktif dari rumah dengan melakukan pelbagai aktiviti untuk terus bergerak. Antara aktiviti yang anda boleh buat ialah dengan melakukan 'Home Workout'. Dengan 'Home workout' sebenarnya anda boleh lakukan dengan lebih tenang dan mudah tanpa sebarang peralatan gym. Fokuskan pada 'Home Workout' untuk mengecilkan bahagian lengan, perut, dan peha kerana bahagian badan ini lah yang akan cepat naik apabila anda naik berat badan. 

4. Masak masakan yang lebih sihat

Cuba untuk masak masakan yang lebih sihat iaitu kurang garam, penambah perisa dan kurang lemak trans/tepu. Kita boleh pilih untuk masak masakan yang lebih sihat dan kurang kalori. Sebenarnya nak masak masakan sihat ni tak perlukan bahan-bahan yang mahal pun. Anda masih boleh masak masakan yang sihat dan sedap dengan beberapa bahan asas yang mudah untuk dicari dan disediakan.

Dengan cara ini sedikit sebanyak akan bantu anda untuk turunkan berat badan walaupun terpaksa duduk di rumah. Selain itu, anda boleh luangkan masa anda di rumah dengan memasak masakan sihat untuk keluarga.

Ebook Resipi dan Home Workout juga diberikan secara percuma dengan setiap pembelian pakej LUSLIMLABEB

5. Percepatkan proses penurunan berat dengan teh herba

Teh herba yang dimaksudkan bukanlah teh herba yang memaksa anda untuk ke tandas setiap masa seperti teh detox. Teh herba yang dimaksudkan ialah sebagai contoh seperti teh seperti Oolong, Puer, Ginseng dan Green tea. Teh herba seperti ini adalah tinggi dengan 'Flavanoid' iaitu sejenis antioksidan bagi mempercepatkan proses pembakaran kalori dan lemak. Selain itu, dengan teh herba anda juga boleh meningkatkan metabolisma anda sehingga 10-20%. 

Teh herba LUSLIMLABEB mempunyai 13 jenis herba seperti Oolong, Puer, dan Ginseng

Conclusion

Sebenarnya, naik atau turunnya berat badan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan usaha untuk menurunkan berat tersebut adalah pilihan anda. Anda sendiri yang pilih sama ada ingin menurunkan berat badan atau pilih untuk tidak berbuat apa-apa selepas PKP ini dan biarkan sahaja berat terus menaik sehingga sampai satu masa ia jadi agak susah untuk diturunkan.

Masih ada peluang untuk anda bertindak bagi menurunkan berat badan anda sementara kenaikan berat tu masih lagi baru. At the same time jika anda sememangnya overweight, ini juga satu peluang yang terbaik untuk anda percepatkan proses tersebut dengan herba asli LUSLIMLABEB yang dah bantu Madam Ell hilang lebih 18kg dalam 2 bulan lebih.

"Berat badan sekali naik memang senang, tapi bila nak turun memang susah" - Madam Ell

Anda perlu terus bersemangat untuk turunkan berat badan dan juga menjaga penampilan selepas PKP

Free Email Series (Tips)

Email series tips kurus at home yang diberikan khas untuk memfokuskan penurunan berat badan you all sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan di rumah. Dapatkan email tips ini secara percuma!

Olathee LUSLIMLABEB™

 

LUSLIMLABEB™ ialah pilihan semulajadi dalam bentuk teh herba dari 13 jenis termasuk Oolong, Puerh dan Ginseng yang kami sediakan sebagai 'Natural Booster' bagi mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan dengan lebih selamat jika hanya dengan senaman dan penjagaan makanan sahaja tidak begitu efektif bagi anda. (sila baca di sini untuk melihat senarai herba yang ada dalam LUSLIMLABEB™)

Antara beberapa kajian yang dibuat mengenai keberkesanan teh herba untuk membantu menurunkan berat badan

Sebagai penghargaan kepada you yang sedang membaca blog Madam Ell, Madam Ell berbesar hati untuk memberikan special offer pada you! 

Untuk pembelian di website you all boleh terus klik di sini atau kalau you nak contact Madam Ell terus melalui whatsapp boleh klik Whatsapp Madam Ell

Untuk lihat lebih banyak testimoni berjaya pengguna LUSLIMLABEB boleh klik di sini atau ke IG dan FB LUSLIMLABEB :

IG : luslimlabeb.olathee

FB : Olathee