Call
+60392016443
Contact
ask@luslimlabeb.com
Store info

Mon-Fri, 11am-6pm

Directions

V03-10-09, Sunway Velocity Designer Office, Lingkaran SV, 55100 Cheras KL

V03-10-09, Sunway Velocity Designer Office, Lingkaran SV, 55100 Cheras KL

Mon-Fri, 11am-6pm

Tips pilih baju raya khas untuk yang + size
·

Tips pilih baju raya khas untuk yang + size

·

Apabila setiap kali tiba waktu untuk mencari baju bersempena dengan hari raya aidilfitri, ia akan menjadi satu perkara yang agak susah bagi yang berbadan besar dan berat badan yang tidak ideal. Susah untuk mencari baju raya bukanlah hanya dari segi saiz semata-mata, tetapi juga melibatkan dengan warna dan juga design seperti yang kita nak mengikut citarasa kita.

Pada zaman 2019 ini terdapat pilihan baju raya yang banyak dan boleh dibeli secara online. Tetapi  kebanyakannya yang 'ready to wear' dan jarang-jarang baju raya ditempah sendiri. Jika ditempah sendiri mungkin akan memakan kos yang tinggi selain dari masa untuk baju disiapkan mungkin akan memakan masa yang lama.

Jadi, macam mana nak pilih baju raya kalau kita kurang yakin dengan bentuk badan kita? Bagi Elly, perkara yang paling utama perlu dilakukan ialah kenalpasti terlebih dahulu bentuk badan kita macam mana. Ada beberapa jenis bentuk badan wanita yang perlu difahami terlebih dahulu sebelum mencuba apa-apa jenis pakaian.

 

Jenis-jenis bentuk badan wanita

 

Untuk pemahaman anda, Elly akan terangkan sedikit macam mana deskripsi setiap bentuk badan ni :

  1. Bentuk ‘Hourglass’ – Bentuk badan ni merupakan bentuk paling ideal kerana ia mengagihkan berat sama rata antara bahagian atas dengan bawah tubuh badan seseorang. Saiz bahu dan pinggul adalah sama dengan pinggang yang lebih kecil dan ramping, mempunyai perbezaan ukuran sehingga 10inci!
  2. Bentuk ‘Ruler’ – Ibarat namanya, mereka yang berbentuk ruler tidak mempunyai bentuk pinggang ramping yang ketara seperti si ‘hourglass’. Kebanyakkan waktu ukuran bahu dan pinggul adalah sama.
  3. Bentuk ‘Pear’ – paling mudah untuk dikesan , badan yang berbentuk ‘pear’ memiliki visual pinggul yang lebih lebar dari saiz bahunya.
  4. Bentuk ‘Apple’ – Saiz pinggang yang lebih lebar dari dada dan pinggul. Menurut kajian yang dijalankan, majoriti mengatakan mereka mudah ‘naik badan’ di bahagian perut berbanding pinggul. Inilah yang membezakan bentuk badan apple dan pear bila mencari pakaian yang sesuai.
  5. Bentuk ‘Inverted Triangle’ atau Segitiga Terbalik – Saiz bahu yang lebih lebar dari saiz pinggulnya. Mereka yang gemar bersukan seperti renang (dari sejak kecil) boleh membentuk siluet badan sebegini apabila dewasa.

Jadi untuk yang berat badannya tak ideal, sebenarnya agak susah juga untuk pastikan bentuk badan anda sama ada jenis yang mana sehinggalah anda dapat capai berat ideal anda. Sebab kebiasaannya yang berat badan berlebihan berbentuk badan 'Apple' dan 'Pear' atau 'Ruler'. 

Tapi jangan risau, Elly tetap akan bagi tips untuk memilih baju raya anda. Elly akan fokuskan pada jenis baju kurung yang paling mudah dan banyak untuk didapati waktu nak beli baju raya nanti. Jom kita tengok jenis baju kurung raya yang mana sesuai untuk anda

1. Baju kurung Teluk Belanga atau Cekak Musang

Baju kurung adalah salah satu pakaian tradisional popular, dikatakan sangat ‘versatil’, ‘evergreen’ dan sering menjadi pilihan wanita hari ini kerana selain Hari Raya, baju ni juga boleh digayakan pada majlis-majlis rasmi dan keramaian seperti perkahwinan.

Sebenarnya baju kurung ini dianggap baju yang paling senang untuk digayakan tanpa mengira jenis dan bentuk badan, yang paling penting adalah fabrik atau jenis materialnya, selain corak dan hiasan yang ada pada baju tersebut. Salah satu cara yang boleh dibuat dalam memilih corak, hiasan dan jenis fabrik baju kurung ni ialah  dengan memastikan di manakah kekuatan (aset) dan kekurangan bentuk badan anda.

Gambar contoh : Pastikan bahagian yang ingin ditutup menggunakan warna dan co yang kurang menyerlah

Sebagai contoh jika badan anda berbentuk pear, maka kekurangan anda adalah di pinggul , dan aset anda pula di bahagian atas badan . Kalau bentuk apple pula , asetnya pula akan bertumpu di bahagian pinggul ke bawah, dada dan perut merupakan kekurangan yang perlu ditutup .

Kurangkan pemilihan dan penggunaan corak , hiasan dan jenis material yang boleh membuatkan bahagian badan yang ingin ‘ditutup’ itu tadi nampak menyerlah. Sebaliknya , biarkan ianya dengan warna-warna polos, gelap, dan sekiranya bercorak pastikan ianya sesuai dengan saiz badan anda  (kecil/sederhana/besar).

 2. Baju kurung Kedah

Baju kurung jenis macam ni dipercayai berasal dari selatan Thai, baju yang menyerupai blaus pendek, longgar dan singkat ke paras punggung, dan digayakan dengan kain seakan kain sarung. 

 

Gambar contoh baju kurung kedah

 

Disebabkan rekaan bajunya yang sebegini , Elly sarankan kepada anda yang badan berbentuk pear supaya tidak memilih rekaan kurung Kedah kerana ia menonjolkan lagi bahagian pinggul anda bukan menyembunyikan. Tapi kalau anda berminat dengan jenis rekaan sebegini Elly sarankan untuk cuba dapatkan berat ideal terlebih dahulu dan cuba untuk kecilkan bahagian pinggul.

3. Baju kurung Pahang 

Rekaan sebegini sangat cantik dipakai untuk wanita hourglass juga berbentuk ruler kerana ia menonjolkan lagi bahagian aset (pinggang) yang ramping. Tidak salah wanita pear ingin memilih kurung Pahang ini tetapi biarlah bahagian atas bajunya diserikan dengan sedikit hiasan atau aksesori yang lebih menonjol agar mata yang melihat tidak tertumpu kepada bahagian pinggul yang besar itu tadi.

Gambar contoh baju kurung pahang

Mereka yang mempunyai bahu yang lebar (inverted triangle) juga akan kelihatan lebih cantik dengan rekaan Kurung Pahang ini, tetapi pastikan juga agar bahagian bahunya tidak dilengkapi dengan sebarang padding.

4. Baju kurung Peplum

Satu sahaja pesan Elly buat anda semua. Jangan terpedaya dengan rekaan seperti kurung peplum ini, yang anda anggap dan yakin bahawa jahitan pleatednya boleh menyembunyikan perut anda yang besar. Pastikan anda cuba terlebih dahulu di fitting room untuk lihat sendiri kesesuaiannya ikut bentuk badan anda.

Contoh gambar baju kurung peplum

Kurung peplum ini juga sangat sesuai untukk bentuk badan hourglass dan ruler kerana rekaannya lebih tertumpu kepada bahagian pinggang dan jahitan pleated itu sendiri bertujuan untuk menampakkan visual badan yang lebih berisi dan seimbang.

Baju Kebaya

Untuk berkebaya anda tak perlu dapatkan bentuk badan size S atau XS, cukup sekadar M

Bagi anda yang betul-betul ada niat dan impian untuk capai berat ideal tahun ini, Elly doakan anda berjaya dan Insya Allah boleh berkebaya macam Elly pada raya tahun 2019 ni. Nak berkebaya cukup sekadar anda capai size M dan bukannya size S dan XS. Cukup sekadar anda rasa yakin untuk gayakan apa-apa jenis kebaya. Elly faham setiap orang yang sedang mengalami masalah berat badan berlebihan pasti ada impian untuk capai berat ideal dan boleh gayakan kebaya di aidifitri. Masih sempat untuk anda buat tindakan sebelum masuk ramadhan dan sebelum raya. Pastikan anda betul-betul semangat untuk capai berat ideal. Jadikan tahun ni sebagai tahun yang lain dari tahun sebelumnya, buktikan yang anda boleh kurus dan gayakan baju raya idaman anda.