Call
+60392016443
Contact
ask@luslimlabeb.com
Store info

Mon-Fri, 11am-6pm

Directions

V03-10-09, Sunway Velocity Designer Office, Lingkaran SV, 55100 Cheras KL

V03-10-09, Sunway Velocity Designer Office, Lingkaran SV, 55100 Cheras KL

Mon-Fri, 11am-6pm

Abang tak kisah pun kalau Elly gemuk, tapi...
· ·

Abang tak kisah pun kalau Elly gemuk, tapi...

· ·

 

The Unforgettable And Panicking Moment

Masih ingat lagi, dan masih segar di ingatan sekitar pada bulan september tahun 2015. Isteri saya 'Elly" pitam secara tiba-tiba di ruang tamu rumah saya di Port Dickson. Di dalam genggaman dia ada satu botol ubat kecil yang saya sendiri tak pernah perasan selama ni.

Sementara menenangkan Elly yang dalam keadaan sangat terseksa saya sangat panik dan terkejut. Tak pernah lagi saya tengok isteri rebah secara tiba-tiba macam ni. Saya buat keputusan dengan cepat untuk menghantar Elly di klinik yang berdekatan.

Lepas balik dari klinik, doktor hanya cakap degupan jantung Elly laju dan mungkin tak cukup tidur dan rehat. Tapi saya rasa ini mesti ada kena mengena dengan botol ubat kecil berwarna pink yang Elly genggam tadi.

Saya mula bertanya Elly, "Apa Elly makan ni ?", Elly pun jawab "Ni la *&%$#slim yang elly makan selama ni.. abang tak perasan ke?". Hmmm mungkin salah saya sebab tak perhatikan apa yang dia consume selama ni.

Sebelum ni Elly ada jugak merungut susah nak tidur, rasa tak boleh duduk diam dan cepat berpeluh walaupun tak bersenam. Tapi saya buat tak endah je, rasa macam benda tu biasa. Tapi bila dan pengsan-pengsan sampai macam ni saya rasa macam tak boleh dibiarkan berlarutan.

Nak marah pun benda dah jadi, saya cuma ambil dan buang pil-pil merepek yang dia ada. Saya tau yang dia memang struggle untuk kuruskan badan, diet dan exercise semua buat jugak tapi mungkin lemak badan 18kg yang dah melekat setahun lepas perkahwinan ni agak susah untuk dibuang.

Listening To Her Problems

Saya pun tanya betul-betul pada Elly. "kenapa Elly nak kurus sangat ? relax jelah..Abang tak kisah pun". "Abang memang tak kisah, tapi Elly kisah ! Abang tak pernah ambik tau pun, Elly dah tak boleh nak pakai baju yang Elly suka ! Elly sendiri tak boleh modelkan baju yang Elly jual ! Sale 'Infigacy' pun drop sebab tu !

"Elly pun taknak orang lain tengok abang bila abang jalan dengan Elly, Elly nampak macam makcik-makcik sedih tau tak !" "Ingat Elly nak sangat ke pengsan-pengsan sampai macam ni, Elly memang desperate nak kurus !

Saya tersentap dan terdiam sementara lepas dibebelkan Elly. Hmmm saya dah mula rasa bersalah. Saya sendiri tak dengar apa luahan sebenar hati seorang isteri, selama ni saya buat bodoh je dengan apa yang terjadi.

Saya tau kalau saya biarkan masalah ni berterusan benda akan jadi makin teruk, sebab sebagai seorang suami saya sendiri nampak yang isteri saya memang dah tak berkeyakinan nak bergambar macam dulu-dulu dan membuatkan dia stress.

Suami mana yang nak tengok isteri stress sebab naik berat badan lepas tu desperate sampai makan ubat kurus. Sampai saya sendiri pun stress dibuatnya.

The Plan Of Action

Saya pun mula mencari alternatif lain untuk bantu isteri saya ni kuruskan badan. Dia nak pergi gym pun memang tak sempat sebab masa tu dia dalam latihan industri (Intern) di Air Asia Penang sebagai accountant assistant. So faham-faham jelah memang waktu balik pun lambat kadang-kadang. 

Saya pulak jauh di UTM Skudai menghabiskan semester keenam. Masa tu memang betul-betul busy dengan thesis. Tapi pada satu hari ni saya ada cerita dengan seorang kawan cina tentang masalah berat badan isteri. Sebab saya tahu memang ada cara semulajadi untuk bantu Elly boostkan lagi proses untuk dia turunkan berat badan. Pada masa tu pun saya tau cina memang lebih arif tentang herba.

Memang rezeki pada hari tu, kawan cina saya pun listkan beberapa jenis herba dalam bahasa cina yang saya pun tak tahu nak translate dan dia pun tak tahu nak translate. Keesokan harinya saya pergi ke kedai herba yang telah kawan saya suggestkan.

Selepas saya tunjukkan list tersebut pada pekerja di kedai herba cina itu, Dia pun mula ke hulu ke hilir mengambil beberapa sample herba dalam plastik kecil. "Ini semua yang you nak, you sudah kurus kenapa mau beli ini semua ?" wahh, nampaknya dia sendiri pun tahu yang ramuan herba ni memang untuk kurus. Saya pun menjawab "Bukan saya, tapi isteri saya hehe".

Pekerja tu pun terangkan pada saya cara rebus dan campur herba-herba ni semua. Baru saya tahu yang herba ni semua ada cara campurannya dan ada yang hanya boleh diminum di waktu pagi dan ada yang hanya boleh diminum di waktu malam.

Saya pun dah excited nak bagi Elly cuba, memang dah ready nak bayar. Sekali tengok pada paparan total price cashier machine "RM 579". Memang terkejut dibuatnya ! mahal betul ! Nak taknak pekerja ni dah cari semua herba ni. memang terpaksa invest demi membantu seorang isteri.

Herb/tea infuser

Memang tambah satu kerja dibuatnya, saya kena beli jugak infuser untuk rebus herba-herba ni semua. Waktu cuti hujung minggu saya sempat naik flight jumpa Elly di Pulau Pinang untuk bagi herba-herba ni untuk dia cuba. "Abang ni betul ke ni? Elly pun dah taknak pengsan-pengsan lagi" ni apa benda pulak ni?"

"Elly ikut je cakap abang, atleast kita cuba". "Ni yang detoks2 tu ke?" boleh dia tanya lagi pulak. "Ni bukan detoks2 tea, ni memang ramuan abang dapat orang cina guna untuk kurus, cuba dulu boleh tak !" geram pula saya bila banyak ditanya.

The Major Changes

Setelah hampir sebulan saya mula nampak perubahan sedikit demi sedikit pada Elly, Mula-mula tu dalam 10 hari tak nampak lagi. Masa tu lah pula dia masih lagi skeptikal "tak turun lagi pun abang". Saya pun macam biasa, suruh dia teruskan. Tapi bila dah dekat sebulan, kali ni Elly pula yang naik flight dari Penang ke Skudai dan saya rasa bangga dan terkejut sebab bila tengok depan-depan Elly sendiri memang dah kurus banyak ! 

Tapi biasalah, dah turun lebih 10kg dia nak turun lagi sikit. Cuma masalah pada masa tu cara nak menyediakan herba tu agak lambat sebab kena rebus pakai infuser dan kos untuk 3 minggu je dalam RM 500 ++. Saya pun tekad nak custom sendiri herba ni dan buat dalam bentuk uncang teh.

Alhamdulillah, saya pun jumpa pengilang di luar negara yang bertaraf GMP dan memang pakar dalam industri herba dan dapat kos herba yang lebih murah. Pada mulanya nak buat untuk sendiri je, tapi biasa lah kalau buat custom ni kena ada MOQ. Terpaksa lah import banyak-banyak dan ada lah dalam 50 pack. Satu pack ada 15 uncang untuk pagi satu pack ada 15 uncang untuk malam.

Dalam tempoh lagi beberapa minggu akhirnya Elly dapat turunkan berat badan sebanyak 18kg dari berat dia 74kg turun sehingga 56kg. Saya punya lah lega bila dia dah kurus. Tak payah saya nak stress lagi. Elly pun dah start excited untuk upload gambar di FB dan IG dia.

A Business With A Purpose

Dulu bukan main susah nak upload gambar di FB dan IG, ada je tak kena. Nampak gemuk lah. lengan terkeluar lahh. Sekali dia upload dalam 2 hari inbox FB dan IG dia penuh orang tanya. "macam mana kak elly kurus ?"

Tapi tu lah, Elly ni memang suka share pada orang dan dia pun tak nak simpan sendiri. Elly pun dah berjaya kurus, lebih-lebihan herba tu nak buat apa pulak kan? so lebih-lebih pack herba yang saya beli dari kilang tu kami pun jual pada harga yang lebih murah. Tak sangka lepas tu ada beberapa testimoni awal yang kurus dengan herba ni, ingatkan dia sorang je boleh kurus. 

Elly sanggup berjalan jauh untuk berjumpa dan mendapatkan cerita kejayaan consumer yang berjaya capai berat ideal dengan herba asli ni.

Saya dan Elly pun rasa terlebih happy bila dapat tolong orang lain jugak. So kami decide untuk jadikan herba ni sebagai bisnes dan yang penting bisnes yang membantu orang yang ada masalah macam Elly dulu. Kurang keyakinan untuk berfesyen dan bergambar, even nak berdepan dengan orang pun susah.

Sekarang Elly lebih yakin untuk berfesyen dan tak nampak macam makcik-makcik lagi 

Elly posing untuk bergambar macam mana pun tetap nampak slim

Nama LUSLIMLABEB ni hanyalah nama eksperimen dan nama yang datang dalam kepala saya sebab saya sendiri tak tahu nak bagi nama apa pada teh herba kurus ni. sebab tak pernah terfikir untuk jual pada orang ramai. Saya pun tak nak gunakan nama yang typical macam INISLIM ITUSLIM APASLIM semua nak tambah SLIM je.

So sy terus jadikan satu nama yang kalau disebut seperti satu teguran "LU SLIM LA BEB" hehe memang kelakar, Tapi yang penting product presentation saya buat macam international level dari segi packaging, branding, logo dan lain-lain. Sebab saya nak semua nampak yang LUSLIMLABEB memang lain daripada yang lain.

Elly dan LUSLIMLABEB di hadapan Statue Of Liberty New York USA

Tak sangka pula sekarang nama LUSLIMLABEB ni disebut-sebut ramai dan mereka berjaya berubah jadi lebih baik dan lagi berkeyakinan tanpa perlu makan ubat kurus berbahaya. Saya dan Elly akan teruskan perjuangan ni untuk bantu lebih ramai orang dan educate lebih ramai lagi untuk berubah kepada produk natural dan lebih selamat.

Saya pun lebih gembira untuk bergambar dengan isteri saya disebabkan keyakinannya yang tinggi dengan berat yang ideal.

Sekian..

Syukri Harish Uzaimi

CEO of Olathe Empire Sdn Bhd, and a caring husband that listens to her wife's problems everyday.

KEMPEN 'NAK CUBA HERBA ASLI' RM 10

 

Jadi 300 orang yang terawal untuk dapatkan herba asli yang telah berjaya bantu Elly dan ramai lagi untuk capai berat ideal dengan cara semulajadi dan selamat. Hanya dengan RM 10 anda boleh rasai kelainan herba asli ini. Klik link di bawah untuk jadi 300 orang terawal :

http://www.olathebeauty.com/nakcubaherbaasli/

 

LUSLIMLABEB™

LUSLIMLABEB™ ialah teh herba yang kami sediakan bagi mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan dengan lebih selamat jika dengan senaman dan penjagaan makanan sahaja tidak begitu efektif bagi anda. (sila baca di sini untuk melihat senarai herba yang ada dalam LUSLIMLABEB™)

p/s : LUSLIMLABEB adalah satu program kurus yang kami mudahkan bagi sesiapa yang ingin turunkan berat badan berdasarkan TARGET weight loss dan KOMITMEN anda untuk kurus. LUSLIMLABEB datang dalam beberapa pakej dan pakej MEGA 30 dan ULTRA 60 adalah pakej untuk yang betul-betul komited dan ada target nak turunkan berat badan macam Elly dan kebanyakan pengguna berjaya yang lain.

Nak tau tak pakej yang sesuai untuk anda? klik di sini untuk check BMI Body Mass Index korang. Kalau dah tahu nak pakej yang mana boleh buat pembelian secara online macam korang beli di Lazada dan shopee. Klik VIEW PRODUCT  untuk pilih pakej sesuai dan terus ADD TO CART untuk buat pembelian. 

Untuk lihat lebih banyak testimoni berjaya pengguna LUSLIMLABEB boleh klik di sini atau ke IG dan FB LUSLIMLABEB :

IG : luslimlabeb.hq

FB : Olathee